Jumaat, 11 Februari 2011

Lepas banjir kemarau plakkk..aduyai..


bulan 1 banjir..masuk bulan 2 kemarau plak..sekarang ni air mcm chipsmore sekejap ada..sekejap xdak.Kalu pagi2 nak g sekolah..nak mandi bukak pili air..adui air 1 titik pun xdak.terpaksa punggah air kat luar umah.Tengokla pagi2 buta dah kena angkat berat..isk hilang keayuan dan kelembutanku..hehe.




simbolik selipar jepun yang berlumpur dengan tangga berkayu+ baldi merah..adalah di antara peralatan yang digunakan untuk mengangkut air.


 tengok..sungai memang cetek.sampaikan perahu biru 2 siap tersadar atas tanah lagi.
ambil gambar dari sudut dapur..malas nak turun ke bawah..
Rumah inilah jadi tumpuan kami serumah jikalau air dekat pili tangga bawah 2 xdak air gak.jarak rumah nie dari rumah kami kira-kira 100 meter gak.nak pergi rumah nie terpaksa melalui 1 jambatan kayu.Tapi sori sangat-sangat sbb xsempat nak snap gambar jambatan 2.
ini adalah bilik mandi asrama budak lelaki.Biasanya bilik air nie jadi tempat aku basuh baju..xlarat nak mengangkut kain pergi ke rumah yang ke atas, sbb jauh sangat nak mengangkut kain.

Jadi apapun..inilah pengalaman yang terpaksa kami lalui sepanjang berkhidmat di S.K.Ng Kain.Jadi banjir ka kemarau ka kami dah xheran.Kalu masa-masa datang dulu tensen gak, tapi sekarang dah xkisah.

Jumaat, 4 Februari 2011

Banjir datang lagi..(17.01.2011)

                                                     Lagi sejengka nak masuk umah...
Tengokla pra yang beratap biru dah mmg tenggelam.Umah aku plak cam terapung2 atah air..hehe..muju xmasuk dalam umah..cuma bahagian dapur jela masuk air..
                                           Keadaan pada pukul 6 petang..
Masa nie kidnap perahu sekolah..Cikgu Syiha yang dayung.Aku duk amik gambar sambil duk makan oren..hehe
                                           Keadaan pada pukul 7.30 pagi
Suma duk kalut angkat barang bw naik atas.Sbb kalu banjir mmg confirm dewan kat bwh 2 tenggelam.Masa nie keadaan kelam kabut..
                                         Asrama budak pun tenggelam...dasat2..
Apapun nak cakap kat sini..tiada sebarang bantuan pun diberi tuk kami.Kami survive sendiri ja.Bila tengok dekat tv kalu banjir mcm nie dekat semenanjung, mesti datuk,menteri + bantuan akan datang dengan segera. Tapi kami apa bantuan pun xdak.Kadang2 kalu air naik..kami cikgu2 angkat sendiri ja barang naik perahu,lepas 2 terpaksa berdayung perahu menyelamatkan diri.Banjir nie bukan kali pertama tay..rasanya 2 tahun lebih aku duk sini,dah dekat 10 kali kut banjir..kayu bilik darjah pun dah banyak yg mereput..tunggu masa nak roboh ja..(statement panas nie)..hehe bagus gak roboh..nnt bleh pindah..hehe.