Sabtu, 18 Jun 2011

Kain Batik Lukis kelantan..latest..sj nak tunjuk.

wah hari nie begitu banyak entri yang di buat..almaklumla..dah lama dah xmenulis.Ok, biasala sebagai seorang guru aku tidak akan terlepas untuk membuat kerja part time ku iaitu berniaga.Hehe..mmg cikgu xbleh lari dari bisnesla.Macam kat sekolah aku nie,mcm2 aku jual,ubat,kain pasang, sabun beubat,krim muka la, baju..mcm2la aku menjualnya.Tapi bisnes tetap aku kat sekolah ialah berniaga kain batik pasang.Memang terlaris di pasaran la.Jom kita jamu mata dengan design terbaru batik2 yg cantik nie.

design sekarang style letak manik bling2 plak..cantik.
simple n sweet
sopan gitew
semuanya cantik2kan..aku pun dah rembat satu.Warna hijau pucuk pisang.Dah siap buat baju kurung moden.nanti sambutan hari guru baru nak pakai.hehe.k la selamat menjamu mata melihat keindahan batik bling..kalu tgk real..lagi masyuk.hehe

Kek gula hangus perisa(aka karamel telur) kopi yg simple n nyummy

Hari jumaat semalam kelas habis awal.Hari jumaat aku hanya ada 1 kelas shj.Jadi lepas pukul 10 am aku dah boleh balik umah, masak nasi makan dan tido.Pukul 1 pm aku terjaga. Tiba-tiba terasa nak makan kuih manis2..stok biskut banyak.Tapi xnaklah mkn mende keras, nak makan mende yg lembut2 berkrim gitu.Tengok dalam beg bahai aku ada susu cair, telur pun ada banyak biji lagi jadi buat karamel telur jela.Aku ke dapur pecahkan 5 biji telur, kacau sampai berbuih kemudian letak coffee 3 in 1,dan letak gula skit,kacau2..tambah susu cair 1 tin.xsampai setengah jam prepare,kukus selama 15 minit dah boleh makan.senang je.hehe.


yummy..
Ini sahaja bahan-bahan yang diperlukan simple je kan. :)
Resepi:


5 biji telur ayam
1 tin susu cair.
1/2 cawan gula.
1peket coffee 3 in 1 instant.

Bahan Gula hangus.
1/2 cawan gula.

Cara-cara.
1) Sila buat gula hangus dulu yer. Letak gula dalam kuali panaskan dia sampai cair.Kemudian bila dah cair
    tuangkan gula hangus 2 dalam loyang kukus.Ratakan dia.Biarkan dia sejuk n mengeras di dalam loyang 2.
2)Kemudian barula kita buat karamelnya.Masukkan 5 biji telur,kacau sampai dia putih, kemudian masukkan
    gula,kacau lagi, kemudia masukkan coffee instant.Kacau sehingga sebati.
3)Curahkan adunan di atas di dalam loyang yang ada gula hangus tadi.Kemudian kukus di antara 15-20
   minit.
4) Apbila sudah masak sejukkan dulu.Barula diletakkan di dalam pinggan kek.Sila terbalikkan kek itu
     dengan hati-hati yer..takut pecah sbb dia lembut.
5)Kalu nak sedap lagi simpan dalam peti ais semalamam.Makan sejuk2 best tau.Nyum2..

Apapun ini adalah cara masakan bagi org2 yg xcukup bahan.hehe.Main tangkap muat ja bahan apa yang ada kat dapur 2.

Pantai Tok Bali

Pernah dengar nama pantai Tok Bali.Kalu tidak pernah dengar boleh search dekat google, nnti anda semua akan tahu.Tapi dekat sini akan diterangkan serba ringkas tentang pantai Tok Bali.Pantai nie hanya 15minit dari rumah ku dan hanya 10 minit dari rumah atuk ku.Pantai nie terletak di Pasir Puteh Kelantan.Kira pantai nie dekat area kampung aku la.Jadi apabila cuti sekolah ini adalah salah satu tempat popular +kemestian bagi aku untuk pergi.Kenapa?

1) ikut mak atau atuk aku pergi beli ikan dekat pengkalan ikan.
2)ikut adik2 laki aku pergi cari barang bundle dekat pasar malam di Tok Bali.Sampaikan aku sendiri pun terpengaruh, ada gakla beli blouse bandar (opps bundle dah eja bandar plop), 2helai rm15.hehe

wah kedua-dua aktiviti ini mmg best.Di samping 2 dapat menikmati panorama di tepi pantai. :)



view di waktu senja..cantik bangat.


wow bundle time..



ikan time..masa nie ada 4 kapal ikan sdg berlabuh.Para pemborong mmg ramai.Semua pakat duk berebut ikan.

tengah mengasingkan ikan mengikut jenis.


wow ikan campak camtu ja
nila ikan segar dari laut.Ni kalu kat kelate pggil ikan selayang, kalu standard ikan sardin.

Sabtu Hari menonton wayang.. :)

Hari sabtu adalah hari yang ditunggu2 oleh murid-murid,sbbnya dorang dapat tengok movie.Walaupun dorang nie xpernah pergi cinema, tapi movie yang latest mmg dorang akan tengok.Thanks to our movies provider Mr.Hamdan.Pagi nie warden bertugas Cikgu Awie mmbawa anak2 buahnya menonton wayang di cyber cafe s.k.ng kain.Jadi sekarang nie dorang tengah menonton movie RIO.

Movie Rio

Proses penyusunan para penonton


cikgu Awie tengah pening mcmana nak susun bebudak sbb tempat adalah terhad



Ini sahaja gambar yang dapat di muat turun.Nampaknya internet semakin slow.Sebenarnya hari ini guru dan ibu bapa ada gotong royong membersih dan membaik pulih bagi persediaan hari sukan sekolah pada 29hb nanti.Jadi murid-murid dikumpul menonton wayang supaya tidak mengacau ibu bapa masing2.hehe.n aku disebabkan mengambil alasan untuk memantau budak kat atas ni jadi automatik diexcuse drpd bergotong royong.hehe.Tapi aku ada pergi sekejap kat padang.Nanti petang akan dimasukkan entri gotong royong sekolah plak.ok cau dulu mau balik umah masak.Hari dah masuk tengahari nie.Masa untuk lunch.Have a nice saturday to u all.




Jumaat, 17 Jun 2011

cyber cafe di s.k.ng kain

wah Ng Kain sudah ada CC..best2 loved it..jadi taklah aku jadi katak bawah tempurung lagi.Thanks to Mr. Azizi sbb menyumbangkan router wifi.Jadi dengan rasminya bilik Ict kat sekolah nie dijadikan pusat internet untuk warga s.k.ng kain.Biasanya cc ini akan penuh pada petang2 hari.Almaklumla pada time2 petang dan malam sj line dia ok.Kalu pagi sampai tengahari "haram", nak bukak facebook pun sampai berjam2..kalu orang nak beranak 2 rasanya dah terberanak kut.(opps sori terguna istilah yg tidak sesuai :) ).Tapi hanya menggunakan istilah itu sj dapat mengambarkan mcmana lembabnya line tenet school net nie pada waktu bekerja. :)

Tapi apapun syukur alhamdullilah sbb tenet dah ada.at least kalu ada hal emergency nak kontek kawan2 atau family dekat dunia luar sana hanya kontek melalui facebook.Sekarang nie nak beli tiket flite pun xpayah tunggu nak kuar ke kapit, dekat sekolah pun dapat.Tapi kena pakai kad kredit la. :).

Ok..di sini disertakan beberapa pic yg menunjukkan suasana di CC ng Kain.Hehehe..
cikgu-cikgu sedang sibuk berinternet.mcm2 gaya ada.
                                          


Masing-masing tersengih sorang2..almaklumla dapat berhubung dengan orang ter"sayang".
                                    

siap ada jadi Dj gitue.
                                       


me tgh kusyuk menaip entri blog nie..maklumla hari dah nak hujan
                                        



tiba-tiba pelangi petang muncul tanda hari nak hujan.


Thanks to http://www.tauhhidblog.blogspot.com/ sbb bagi pinjam kamera buat seketika.hehe