Khamis, 28 Julai 2011

Tragedi mengejar bot ekspres

Hari ini hari khamis.Hari ini kami dapat keluar, sebab esok hari jumaat kami cuti berganti.Jadi mcm biasa ada separuh dari kami akan mencarter perahu.Dapat cepat sampai pasar kapit.Manakala aku mcm biasa penumpang setia bot ekpress.Almaklumla murah, byr tambang RM10 ja terus sampai Pasar Kapit. Kalu naik perahu tambang RM30 +tambang van RM5=RM35. Wow mmg berbeza kan.Hehe..jimat punya pasal

Hari Rabu
Masa tengah lepak kat office. Saja kacau auntie Roselind n Kak Linda buat kerja kat office. Auntie tanya, "Sham esok ngko naik perahu ka bot ekpress?''. "Naper auntie? Saya naik bot ekpress", jawabku. "Esok kita naik bot ekpress kul 11.30 am la, dorang cakap ada bot masa 2"cakap Auntie. Biasanya bot ekpress yg kitaorg naik selalunya puku 1.30 tengahari.Jadi kalu nak sampai Pasar Kapit mahu kul 3.00pm sampai.Lagi 1 kalu naik bot kul 1.30tengahari,mmg jawabnya kena berpanas duduk atas bumbung botla.Sbb time2 tengahari ramai cikgu hulu-hulu kuar."ok,auntie set sok kita turun awal,mana tau ada bot kul 11.30am 2",jawab ku.

Hari Khamis (Hari inila)

Kelas abis kul 10 am.Semua guru-guru bergegas balik rumah, untuk mengemas beg,baju.Budak dah selamat balik.Amboi cepat betui budak2 nie kalu balik.Aler sedak dier ngata budak,cikgu pun sama naik ngn budak,kul 10.00 masing2 dah lesap.hehe.Cikgu2 n staff yang naik perahu selamat dah meneruskan perjalanan mereka ke Pasar Kapit. Manakala Aku, Syiha n Auntie Roselind + Duncan (anak auntie) masih setia di sekolah.Aku mcm biasa dah janji ngn auntie kul 11.30 nak trun ke nanga.Jadi masih ada masa 1jam nak mengemas beg + buat nasi goreng.Buat alas perut sementara nak sampai Pasar Kapit.

Pukul 10.30 am aku terdengar suara Auntie kat bawah rumahku. Aku jengah ke luar "Auntie dah nak pergi ke Nanga ka?" tanyaku. "Tak dakla sham, sj tunggu bwh nie, boring duk kat umah"jawab auntie."Ok,nnti nak pergi, cakap kat saya yer",,cakapku. Aku ngn syiha duk layan rancangan Saffiya.Best gak.hehe.

Pukul 11.00 am.Aku jengah ke luar, "auntie xnak pergi lagi ka nie, dah kul 11 dah ni, nnt 11.30 bot datang", tanyaku."Ntahla Sham apai Jimmy cakap hari ini xdak bot awal kul 11.30 am, sbb semalam bot 2 dah ada",cakap Auntie. "o,yeke auntie xpala kita turun kul 12.00pm la kita naik bot yg kul 1.00 pm plak, jomla Auntie lepak kat dalam umah kami dulu, sambil-sambil layan tv", cakapku.

Maka kami berlima pun syokla duk layang channel Bintang, channel baru kat Astro. Tengah syok duk layan citer apa ntah, tiba2 kami terdengar bunyi hon bot ekpress.Masa 2 kul 11.45 am, apalagi kami melompat bangun, terkocoh keluar, alamak adala bot ekpress.Apai Jimmy kat bawah umah terus panggil kami, jadi kami berkejar turun sampai nak naik perahu kami lompat ja.Kalu sebelum nie nak naik perahu, mau menjerit apa dulu.Tapi hari ini kami lompat ja xpikir perahu terbalik apa dah.Hua.hua.Air plak cetek, Apai jimmy memecut perahu bagai mat rempit.Hehe..alamak kami nampak bot 2 dah bergerak nak pergi da..apalagi kami menjerit2 melambai dari perahu.Apai Jimmy terus memecut mengejar bot 2..alamak apasal bot nie xberhenti gak,sampaikan mak2 yang ada kat nanga 2 pun tolong menjerit memanggil bot untuk kami.Akhirnya bot tue berhenti gak.Alhamdullilah selamat gak naik bot.tetiba Auntie.."Apuuu..handbag aku tertinggal," jerit Auntie.Kecoh plak dalam bot 2, Auntie minta jasa baik driver bot 2 tuk patah balik nak amik handbag.Mujurla Auntie Roselind nie bajik orgnya.Nak tau bajik 2 aper..cantik..hehe.Maka driver 2 cayakla ngn pujuk rayu auntie..dia pun patah balik.haha.Jadi kami pun patah balik.sampai jer Nanga Kain, si Duncan anak Auntie turun bot pah2 minta tolong indai menara ata ke sekolah balik.Akhirnya Auntie selamat mendapat kembali handbagnye.

Bila dah settle suma, kami duduk dalam bot 2 sampai duk tergelak2 ngn makcik2 kat dalam bot 2.haha.Macam2 hal.Jadi akhirnya kami berjaya menaiki bot pukul 11.30am, maknanya kami sampai awal la Kapit..yahooo...best.Xperlu duduk berpanas atas bumbung bot,wow nyamai sekali.

Jumaat, 22 Julai 2011

Sarapan Pagi di Belatik

Pagi nie ada hal skit dekat Belatik. Jadi awal pagi aku ngn Syiha naik van dengan tambang RM2. Kami pergi Belatik.Iaitu salah satu tempat di pasar kapit.Selepas selesai urusan dekat Pejabat Daerah, perut terasa lapar.Kami jalan-jalan jumpa satu cafe. Nama cafe 2 Cafe Natasya..wow kami lihat org tengah sarapan situ. Mesti best. Cafenya xdakla besar sangat kecik ja. Dalam kedai itu muat dua meja ja. Yang selebihnya meja kat luar. Jadi aku ngn syiha masing-masing oder 2 menu utama. Aku oder mee kampua perut lembu + roti canai mayonis. Syiha=kuew tiau goreng ayam + roti canai telur. Air kami oder Teh C special.


Teh c Special


kuew tiau goreng ayam

roti canai mayonis

roti canai telur

mee kampua perut sapi



Isnin, 18 Julai 2011

Kursus ko datang lagi.

Setiap tahun kalu dah nak akhir2 tahun mcm ni maka menjelma la pelbagai kursus.Ok untuk 1 bulan nie, bermulala kursus KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) bagi tahun 2 untuk semua subjek teras dan elektif. Maka guru-guru tahun 1 akan berkampung la dekat pasar Kapit nie. Manakala murid-murid tahun 1 di sekolah sibuk duk menyanyi lagu..Jika anda rasa gembira...al maklumla guru2nya seminggu tidak masuk kelas. Ku tau la perangai anak-anak murid ku itu.

Dulu masa mula-mula posting aku suka datang kursus. Kenapa yer?
1) Dapat keluar dari sekolah.Almaklumla sekolah aku itu tidak ada line tel, tenet, jadi bila dapat kursus kat
    pekan kapit nie, mmg teruja sangat-sangat.
2)Masa 2 tahun lepas, kalu datang kursus dapat claim tau. Sekali datang kursus dapat claim RM200-
   RM300. Wow masyuk 2.

3) Masa nie sebab fresh teacher, jadi banyakla ilmu yang hendak belajar,jadi melalui kursus ni dapatla
    menimba ilmu + pengalaman dari guru-guru lama.
4) Dapat berkenalan dengan guru-guru dari sekolah lain. Kira menambah kenalan la gitu.

Tapi sekarang bila dah 3 tahun jadi cikgu nie, minat untuk pergi ke kursus itu dah makin berkurang. Kenapa yer?

1) Sebabnya kadang2 tajuk kursus itu adalah kesinambungan daripada kursus yang telah di hadiri sebelum
    cuma di upgrade skit jela. Biasala kat sekolah aku tangkap tender mengajar tahun 1 dan 2. Tahun ini dah
     tahun kedua aku mengajar tahun 1 dan 2. Jadi kadang2 tu boring gakla kalu datang kursus asyik buat rph
     (rancangan pengajaran harian). Aku pernah demam gara2 kursus selama 4 hari berturut2, siang mlm ada
     bengkel.Sampai muntah2.Terpaksa skip 1 nite bengkel. hehehe..tengok sampai muntah aku kursus.

2) Sekarang nie tidak dapat nak claim da. Hotel semua terpaksa di tanggung sendiri. Waduh gawat nie sih.
    Sebenarnya aku dapat 3 kursus tau.Jadi maknanya 3 minggu berturut2 aku kena stay hotel. Jadi macam
     biasala aku meminta ehsan / belas kasihan daripada PK 1 untuk mengurangkan kursus ku ini. Terpaksa
     gak g melobi cikgu Tohit untuk mengambil kursus pembinaan Portal web sekolah, mujurla c.tohit
     berminat.Hehe.Terima kasih yer dan juga terima kasih buat cikgu Semanag sebab sanggup mengambil
      Kursus Kssr Moral.hehe.Jadi aku hanya attend kursus kssr matematik ja.Hehe.Okla 2 ilmu yang ada kita
      kongsi ramai2 jangan makan sorang2.Hahaha yela 2..padahal nak berjimat (merujuk kepada diriku
      sendiri la 2)

3) Boring..Kalu datang kursus terpaksa memerap dalam bilik seminar, selepas itu balik hotel memerap dalam
    bilik hotel plak. Lama2 perap rasanya bleh jadi ikan pekasam kut.hehe. Kalu dekat sekolah petang-
    petang at least bleh melepak atau main badminton ngn gengsi2 Ng Kain. At least kuar gak peluh.Baru
    badan cergas.

Ok itu sj..tetiba rasa lenguh dah tangan nie..duk menaip.K.Nak tido dah..sok nak kena bangun pagi nak g kursus plak.Hehe.G.nite..

Cara Penjimatan ala Hagemaru

Pernah tengok citer kartun Hagemaru dekat channel ceria. Kalu saper yg blom pernah bleh layan, sbb citer dier mmg sempoi dan lawak tahap cipan.hehehe.

Hagemaru dan keluarganya
Keluarga Hagemaru, ibu bapanya tidak suka membazir dan suka berjimat cermat.Keadaan ini juga mempengaruhi sikap Hagemaru menjadikan dia juga seorang yg suka berjimat cermat.Sebagai contohnya beg plastik dipotong bawahnya, bleh dijadikan sebagai baju hujan.Cerdikkan idea tu. :).Jadi mengambil inisiatif dr citer Hagemaru nie aku telah mengaplikasikannya dlm hidup seharianku..sebagai contohnya.

1) Penjimatan dr segi pembayaran astro
Potong chanel yang mana jarang di tengok.Jadi Sebulan byrrm50 ja.Dulu aku hampir suma chanel ada,smpaikan bil sebulan rm100++.Sekarang nie just amik pakej family jer.Kalu agak2 nak layan movie (HBO,SMW) layan kat hotel jela.Sbb setiap minggu aku stay otel.Jimat dah 2.


2) Sharing Bilik Hotel 
Cari hotel budget,hanya RM40 (2 katil) shj.Kongsi 4 org.Kalu stay 2 malam baru RM20.Hehe jimat.Perkongsian bilik adalah untuk sama jantina jerla yer.Harap maklum.


                                             
3) Naik bot/flite kelas ekonomi shj
Bot,naik yg plg murah.Xpa org cakap sep pun (save) yg penting sama sampai.betuix.hehehe.Tiket flite, cari ms2 promo,penting..jgn beli last minute.(tapi gara2 nak tiket murah terpaksa mtk cuti),sbb tiket ms ari kerja baru murah,kalu time cuti..mmg standard mahal.


4)Beli baju + kasut masa ada sale sj/beli yg tiruan jer..hehe--->Nak bergaya dengan pakaian +kasut berjenama?Beli time sale atau beli yg tiruan jer,,senang.almaklumla aku dekat ngn siam,jd senang dpt barang tiruan.haha.So jimatkan.dan lagi satu walaupun brgn tiruan kalu pandai digayakan mmg xnampak tiruannya.

Tapi apapun..kalu bab makan I xbleh nak berjimat cermat, untuk makanan aku cr yg terbaik punya no tiru-tiruan yer, xbaik tuk kesihatan.hehe..ok cau dulu. I love my life..

Ahad, 3 Julai 2011

Hari bermalas-malasan..

Hari ini hari Ahad.Hari cuti.
Hajat di hati mahu bangun lambat.
Tapi lepas solat subuh, mata plak tak nak tido.
Perut dah mula berkeroncong.
Terus pergi dapur.
Panaskan air dan goreng nasi.
Makan kenyang2.
Lepas tue basuh baju.
Kemas rumah.
Mandi.
Tido...
Bangun..
Makan..
Pergi berfacebook kat atas bukit..(1.00pm-1.30pm)
Boring..sbb xdak org online..
Balik..
solat + ngaji quran
Layan Nona sekejap..(tengok segmen perkahwinan)
Naik atas bukit balik berintenet..smpai saat ini. :)

Sabtu, 2 Julai 2011

Merah semangat membara

Selama 2 hari sekolahku mengadakan Hari sukan sekolah.Aku adalah pengurus bagi rumah sukan untuk rumah merah. Jadi sesuai sgtla ngn tema aku Red Warriors.Apapun rumahku mendapat naib johan.Kira ok la 2.hehe.So tengokla aksi2 kami.



Yeeha..dapat banyak medal + 1 piala..hehe..steady
                                                        


Para Pengurus Rumah Merah
 


yeeha..empurau..steady...