Jumaat, 30 September 2011

Sekolah Dato Maharaja lela.

Yup itu adalah nama sekolah baru ku. Sekolah ini terletak di Jeram Kuala Selangor. Besar sekolah nie. Masa mula-mula datang Mak aih ternganga mulutku..melihat bangunan-bangunannya yang tinggi dan berblok-blok. yela kalu nak dibandingkan dengan sekolah lamaku yang hanya ada 1 bangunan kayu yang buruk sahaja.

Masuk bab murid plak. Fuyyyooo muridnya ada lebih kurang 1700 orang..mak aih bila aku tengok tahun 1 ada 8 kelas, 1 kelas ada 40 orang murid. Bayangkan ramaix bebudaknya.Dulu aku biasa 1 kelas 15 orang ja. Dulu 100 orang sekarang 1700,anda rasailah perbezaannya.Memang ketara kan?huhu..

Untuk minggu pertama nie. Aku dikenali sebagai Cikgu baru yang datang dari Sarawak. Wah glamer jap I..hehe.Perasan dari Sarawak, padahal dr Kelantan ja..hahaha..Jadi Pada minggu pertama ni aku hanya sit in kelas yang cikgu-cikgu xada sahaja.

Ini baru 1 blok kat belakang sana ada berblok2 lagi kurus I lepas nie terpaksa menapak jauh-jauh.

Jumaat, 23 September 2011

Bye..Bye S.K.Ng Kain

Tanggal 23hb82011, aku menerima panggilan dr guru besar."Cikgu Sham dapat pindah".Hah!!!!dapat pindah. Bagai pucuk di cita ulam mendatang..aku macam tidak percaya.Sedangkan aku xpernah buat apa2 rayuan pindah pun. Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana rezeki yang diberikan kepadaku ini.

Perpindahan aku ini adalah perpindahan khas. Hanya 6 orang guru dari bahagian Kapit yang ditawarkan.Dia tulis kat surat offer ialah penempatan semula guru.Jadi dengan secara rasminya aku menerima tawaran itu dan di tempatkan di selangor.

Aku ditempatkan di Sek.Keb.Dato Maharajalela dengan Kuala Selangor.Ok la 2..Sedih gakla nak tinggalkan sekolah SK NG KAIN nie.Bagi aku S.K.NG KAIN adalah sekolah yang paling the best dalam hidup aku. Penuh dengan suka duka,pahit manis dan banyak mengajar aku menjadi seorang yang tabah dan kuat dalam menempuh segala cabaran dan rintangan.

Apapun Bye..bye anak-anak murid kesayanganku semua. Cikgu doakan kamu semua berjaya menjadi insan yang baik dan berjaya..Bye..bye kepada rakan seperjuangan yang begitu sempoi..bye..bye geng2 badminton..bye..bye rumah 4 dara ditepi sungai..bye..bye sungai Kain..bye..bye perahu..bye bye apai..bye bye Kapit..bye..bye Sarawak.

senyum dalam kesedihan