Rabu, 21 Mac 2012

Terukir di Bintang

Jika engkau minta intan permata,
tak mungkin ku mampu,
tapi sayangkan ku capai bintang di langit untuk mu,
Jika engkau minta satu dunia akan aku cubo,
ku hanya mampu menjadi milikmu pastikan kau bahagia.

Hati ini bukan lagi milikku lagi,
Seribu tahu pun akan ku nanti,
kan..kamu,

Sayangku..
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu,


                            Yuna: Terukir di bintang

Suka dengar lagu ini.Liriknya sungguh bermakna n puitis.Aku memang peminat setia Yuna..LOVE U YUNA!! All your songs are wonderful!!

Selasa, 20 Mac 2012

RATU SESAT SEDUNIA

Ratu sesat sedunia!!itulah gelaran yang aku anugerahkan untuk diriku sendiri.

Bayangkan dari Jeram, Selangor nak g UPM yang hanya mengambil masa 1 jam aku mengambil masa 3 jam untuk sampai.Kira macam nak g IPOH dah.Tapi dengan semangat yg tinggi aku akhirnya berjaya sampai jua,abis minyak abis tenaga.Sampai kadang-kadang tu, lalu satu tempat 2 3 kali.ntah apa2.

Almaklumla dah 3 tahun tak drive keta (lesen kereta pun kadang 6 bulan xrenew, sepp punya pasal).Sebb masa kat SARAWAK dulu aku ada DRIVER khas iaitu Si TONY,xpun abang Si TONY.(kalu xcaya please ask http://tauhhidblog.blogspot.com/ ).Jadi just duk kat seat belakang dorang la yg bawa ke destinasi khas iaitu bndar kapit.

Jadi bila dapat pindah ke SARAWAK ni..aku terpaksa melenguhkan kaki aku untuk menekan minyak,brek,clash n meredah kejeman di bandar kota ini.

Gambar hiasan:tapi keta aku sebijik macam ni..huhu



Aku masih setia dengan buat hati aku yang disayangi iatu si Kancil yang kecik molek.Dah 10 tahun aku setia bersamanya.Semua orang tanya bila nak tukar kereta baru..huhu..nantila dulu..sayang lagi kat si kancil ini.

Ahad, 18 Mac 2012

Best ka jadi guru??Senang ka jadi Cikgu??

 Semua orang cakap menjadi guru itu senang bukan?Masuk kelas just mengajar. Kalu mengajar budak sekolah rendah lagila senang. Hello..senang ka?try hangpa suma kat sana try jadi cikgu sekolah rendah..mengajar darjah 1, 2..tu dia..apakah yang akan anda alami....

Satu kelas ada 40 orang murid-murid. Semua bebudak nie mukanya cute-cute belaka. Bila cikgu masuk 1st time semuanya menunjukkan muka yg comel lote belaka.TAPI !!AWAS!! jangan tertipu dengan muka-muka yang comel tu..kerana kalau tidak di kawal dengan rapi muka-muka itu akan bertukar menjadi singa,monyet,harimau belang n yg sewaktu dengannya.hehehe..nanti ada mengaum macam singa,berlari-lari macam harimau belang,melompat-lompat macam monyet habis meja di panjatnya..hehe(sori yer menggunakan perumpaan macam.tetapi truly to say actually it is true.).



Jadi kita sebagai seorang guru kena pandai memainkan peranan untuk menarik perhatian budak-budak kecik ini. Mereka hanya mampu memberi perhatian apa yang kita ajar @ cakap hanya dalam 10 minit sahaja.

Kalu menggunakan Alat Bantu mengajar yang comel2..15 minit.Jadi dengan bebudak kecik ini, jangan kita yang banyak cakap tapi banyakkan aktiviti contohnya:
1)menyanyi sambil membuat action (action song)
2)Yelling (maksudnya menyebut sesuatu perkataan beramai-ramai 
    dengan kuat) .
3)Terapkan banyak permainaan dalam pembelajaran..
4)Yang penting sekali kita banyak mengaplikasikan Kinesthetic
   learning. (kalu nak tau apa itu Kinesthetic learning bleh search kat
   go0gle)

maknanya apabila kita menggunakan teknik seperti di atas bebudak akan enjoy dan tidak cepat boring. Bila diorang boring,bebudak yg cute mute ini akan bertukar menjadi so cruel n membuatkan blood pressure cikgunya meningkat dengan tinggi dan boleh menyebabkan cikgunya mula melenting..dan seterusnya cikgunya juga akan mengaum macam bapak singa..dan terus melibas belatinya.hehe(belati kat sini=rotan + pembaris).

Jadi apapun untuk menjadi seorang guru kita mesti melengkapkan diri kita dengan :

kesabaran yang teramat tinggi dalam menghadapi pelbagai kerenah bebudak
kasih sayang sebagai seorang ibu dan bapa
ikhlas untuk mendidik
amanah   dalam menjaga tugas dan kebajikan murid-murid yang diletakkan di bawah jagaan kita.


Apapun tugas seorang guru bukan setakat mengajar tetapi mendidik anak-anak kecil ini dari segi tingkah laku,pergaulan sesama manusia dan makhluk ciptaan allah dan seterusnya menjadi umat manusia yang berintelektual dan bersahsiah yg mulia.





Rabu, 14 Mac 2012

Ku sapu habuk-habuk ini

Salam n Hai everyone!!Adui banyaknya habuk kat blog aku nie..debunya dah 4 inci dah tinggi..huhu..maklumla tuannya dah lama berpindah balik ke oversea..rasanya da 5 bulan apa blog nie ditinggalkan.Sebenarnya bukan ditinggalkan tapi tuannya ini super duper busy..xsempat nak beritenet.

Tahun ini aku ditugaskan untuk:

a) Mengajar diseisi petang.
b) Mengajar English year 2 (3 classes x 40 pupils)--->dasat2
c) Volume suara terpaksa ditingkatkan ke tahap max.
d) Setiausaha Pusat Sumber (Jawatan yang tidak boleh dilepaskan semenjak dr s.k.Ng Kain.
e)Yahoooo..xpayah jadi guru kelas..wow..xpyh pening2 nak key in data budak+xyah isi buku rekod
    kehadiran bebudak(yg sememang sejak dulu kala asik isi xlengkap-->kalu xcaya please ask Miss Linda
    from S.K.Ng Kain.
f) mencari seberapa banyak income tuk menyara idop setelah gaji turun dgn merundumnya (ini salah satu sebab naper..xsempat nk beritenet). Jadi dengar muka xmalu mengofferkan diri utk jd guru kelas tambahan berbayar.haha

ok apapun lepas ini I berjanji akan sentiasa mengupdate kan blog ini..sbb blog ini pun mendapatkan kewangan gak..kalu diusahakan..hehe..ok apapun wait for my latest funny stories, new place,new pupils..