Ahad, 21 Februari 2010

Pertandingan kebersihan kelas

Dengan ini diumumkan pemenang kelas terbersih untuk bulan Januari, kategori tahap 1, tempat pertama jatuh kepada…deng..deng aduh berdegup kencang jantungku..kelas aku dapat nombor berapala ..harap-harap jangan incik(tempat tercorot)..tempat 1.. jatuh kepada kelas tahun 3!!adui kelas aku tak menang xper ader lagi nombor..tempat kedua, tahun 2..isk tak bleh jadi nie..tempat ke3 pra sekolah..dan tempat ke-4 tahun 1!!dush!!adui dapat incik gak upanya..ui..malu-malu..tak per sabar2 ada lagi 9 bulan,nie baru bulan Januari.

Maka bermulala misi ku menghias kelas..next month xnak lagi incik..Maka malam itu juga aku pergi menghias kelas..sampai xmakan dan tidur siang..huhu..dan inilah hasilnya..buat sementara waktu ini..
 
taada..my class...
cantikx??..
gara-gara sudut nila kelas dapat incik..sampah berterabur..isk budak-budak nie..mentang2 mama nya xdak..semuanya xterurus..(masa 2 aku ada kursus LINUS kat Kapit 1 week).


Dan nila muka-muka competitors aku..


Cikgu Ridzuan (tahun 3)"hehe gaya macho seorang juara"
tu dia senyuman seorang juara.xper RIZ aku akan berusaha mencbr ko..tp mampukah ku mencabar si juara ini..tgk gaya kelas tahun3 makin hari makin berhias..kelas aku duk setara tue lagi..huhu..
Cikgu Rufina (pra sekolah).."yeeha SHAM ko jgn lupa kat aku ya,aku bekas juara 10 bulan kelas tercantik 2009" 

Cikgu Norhaniza (tahun 2) "I maintain cool jer"

Cikgu Norsham (tahun 1) "aku hangit-hangit tahi ayam,bila tercabar baru terhegeh-hegeh nak buat"

Jumaat, 19 Februari 2010

Kelas Malam..

Selepas balik daripada kursus LINUS…semangat ku begitu membara..untuk mengajar budak-budak. Maka aku buatla kelas malam untuk budak-budak tahun 1..ajar dorang matematik..bagi dorang mengenal nombor..sebab sebahagian murid yang masuk darjah 1 nie..dorang tak masuk pra sekolah/tadika.jadi masih ada lagi yang tidak kenal nombor..Inilah cabaran untuk aku sekarang..dahla LINUS ni penanda aras untuk sekolah..kalu budak-budak ku tidak capai sasaran yang ditetapkan..semua kena menjawab,aku, guru besar..dah setaraf macam UPSR.


Jadi dengan semangat membara..aku pergilah ke kelas mengajar dorang..adui penat betui..tp aku ada pembantula..hehe..

Nama dak nie KRISMA DINA..aku suh tunjuk nombor 9..dia g tunjuk nombor 6 plak aduis…pening2..muka dah tunduk dah..sebab kena membebel2 ngan ku..hehe tapi sempat lagi snap pic..
0k nie pembantu aku yg pertama..nama dia FREZILLA LULI..ada gaya cikgu X?yang pakai baju pink 2 anak murid dia NORITA SANDY..

Pembantu 2..LOUIS PASTEUR..murid darjah 4..anak buah ku..aku ajar dia math..boleh diharap nie..
Pembantu 3: DANNELSON..ex-anak buah..sekarang dah year 5..hari 2 kena chinkunya..sekarang dah ok da..


Mesti..kengkawan semua pelik macamana aku boleh buat kelas malam tuk dak darjah 1..ok sebenarnya budak2 nie sumanya duk asrama..kecik-kecik lagi dah kena berdikari..jika kat pendalaman perkara mcm nie dah biasa.

MASA UNTUK BERPOSING..YEEHA..

Budak-budak nie..kalu cakap ja..nak amik pic..memang beria terus..korang tengokla sendiri mcamana dorang berposing..xperlu nak ajar-ajar..tp kalu suh baca nombor..na nemuku cikgu…(Xtau ku cikgu)..eee geram rasa…

Rabu, 3 Februari 2010

NEMUKU CIKGUUU...

Selamat pagi murid2!!..namun sapaan ku tidak dijwab..hanya mata-mata yang terkebil2 menyahut sapaan ku..murid-muridnya senyap membisu..malahan tidak bangun langsung menunjukkan tanda hormat...Ok mesti kwan2 semua pelik naperla budak2 nie kurang ajar..sbenarnya dorang adalah budak darjah 1...still fresh xtau apa benda lg..Tahun 2010,aku menjadi guru kelas tahun 1 merangkap guru math..fuh tahun nie mmg mencabar..sbb kena ajar darjah 1..lagi mslh besar ialah..masalah dari segi bahasa. murid-murid ini tidak fasih berbahasa melayu..mereka hanya tahu bahasa Iban sj..jd  "BAGAIKAN SI ITIK BERCAKAP DENGAN SI AYAM"...


Ok lagi satu naper tajuk blog  nie.."nemuku cikgu"..sbananya itu adalah dalam bahasa Iban..jadi maksud sbananya "Tahuku Cikgu".

murid-murid tahun 1 untuk tahun nie 19 orang..kira akula ibu mereka..sebabnya budak-budak nie sumanya tinggal dekat asrama jauh dari famili.dalam kelas ni terdapat 9 orang budak perempuan dan 10 orang lelaki.kira ramaila..bagi sekolah dipendalaman..

LINUS...

apa tue LINUS..mesti kengkawan suma tertanya..LINUS tu adalah singkatan untuk LITERASI & NUMERASI..LINUS adalah satu program yang baru khas untuk murid-murid tahun 1, bagi menguasai asas 3M(membaca,menulis&mengira)..Program ini adalah kesinambungan daripada program KIA 2M yang berakhir pada tahun 2009.

Untuk LINUS di area Kapit,Belaga, Song Sarawak nie..Pada 01-03 Februari telah berlangsungnya 1 kursus LINUS khas untuk Guru Matematik dan telah dihadiri oleh 80 orang guru termasukla saya. Banyak input yang telah diperolehi..mcmana menyediakan ABM untuk para murid..
nila contoh abm yang telah dibuat oleh grup 1 Malaysia..grup aku leerr 2..hehe


opps dah tercabut 1...kaedah menggunakan deria sentuhan..nombor dilekat kat atas span kasar basuh  pinggan yang hijau 2..


ulat nombor...


masa buat ulat nombor nie..aku xdak,sebab pening kepala xbleh join..terpaksa berehat dalam bilik jerr..huhu...sedey.


Selasa, 2 Februari 2010

S.K.Ng KAIN...

Sekolah Kebangsaan Nanga Kain..itulah tempat kija dan juga tempat tinggal ku..tahun 2010 adalah tahun kedua aku mengajar di sini..sebuah sekolah yg terletak di pendalaman sarawak di bahagian hulu Kapit...very far far away...huhu sedey terpaksa berjauhan dengan keluarga..

Ok..bila menjejak kaki ke sk.ng kain..nila pintu utama yang akan anda tempuhi dulu..nmpkx..rumah kayu kat tepi 2..2la..rumah aku..hehe..yg bangunan batu 2 adalah pra sekolah.


nila bilik darjah (Tahun1-Tahun6)
Tp tahun 2010 nie tahun 6 naik atah bukit dekat dengan bilik Guru Besar,senang nak pantau..hehe..


asrama bebudak..


dewan-dewan utama sk ng kain

cikgu-cikgu sk ng kain yg poyo belaka..hehe..1 malaysia


Pic aku bersama Ex-class year 4..2009..