Jumaat, 19 Februari 2010

Kelas Malam..

Selepas balik daripada kursus LINUS…semangat ku begitu membara..untuk mengajar budak-budak. Maka aku buatla kelas malam untuk budak-budak tahun 1..ajar dorang matematik..bagi dorang mengenal nombor..sebab sebahagian murid yang masuk darjah 1 nie..dorang tak masuk pra sekolah/tadika.jadi masih ada lagi yang tidak kenal nombor..Inilah cabaran untuk aku sekarang..dahla LINUS ni penanda aras untuk sekolah..kalu budak-budak ku tidak capai sasaran yang ditetapkan..semua kena menjawab,aku, guru besar..dah setaraf macam UPSR.


Jadi dengan semangat membara..aku pergilah ke kelas mengajar dorang..adui penat betui..tp aku ada pembantula..hehe..

Nama dak nie KRISMA DINA..aku suh tunjuk nombor 9..dia g tunjuk nombor 6 plak aduis…pening2..muka dah tunduk dah..sebab kena membebel2 ngan ku..hehe tapi sempat lagi snap pic..
0k nie pembantu aku yg pertama..nama dia FREZILLA LULI..ada gaya cikgu X?yang pakai baju pink 2 anak murid dia NORITA SANDY..

Pembantu 2..LOUIS PASTEUR..murid darjah 4..anak buah ku..aku ajar dia math..boleh diharap nie..
Pembantu 3: DANNELSON..ex-anak buah..sekarang dah year 5..hari 2 kena chinkunya..sekarang dah ok da..


Mesti..kengkawan semua pelik macamana aku boleh buat kelas malam tuk dak darjah 1..ok sebenarnya budak2 nie sumanya duk asrama..kecik-kecik lagi dah kena berdikari..jika kat pendalaman perkara mcm nie dah biasa.

MASA UNTUK BERPOSING..YEEHA..

Budak-budak nie..kalu cakap ja..nak amik pic..memang beria terus..korang tengokla sendiri mcamana dorang berposing..xperlu nak ajar-ajar..tp kalu suh baca nombor..na nemuku cikgu…(Xtau ku cikgu)..eee geram rasa…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan