Isnin, 27 Disember 2010

cikgu sham baca sajak....



Yup thats me..everywhere,anytime..aku akan buat lawak bodo..Masa nie aku bc sajak sempena perasmian minggu motivasi tahun 2009.Aku volunteer ni tau nak bc sajak.hajat dihati nak menglamerkan diri sendirila konon2nya..(hahaha perasan).Sajak yg aku bc 2 pun Cikgu Niza bagi..cilok dr novel apa ntah..aku main hentam ja baca..yg penting i glamer gitueeew..haha.xdakla kebetulan masa 2 Cikgu Niza handle tuk persembahan,jadi masa tue kelam kabut dia cari cikgu tuk slot persembahan cikgu.Dah2 aku pun tolongla dia mempersembahkan diriku ini.Masa ini ibu bapa budak ada sekali. :).Apapun bila tgk balik video nie mmg aku malu..aku hanya tgk sekali ja video nie.Tiba2 mlm nie C.tohit mensuggestkan aku letak video ni kat blog tuk tatapan semua..hehe..apapun kalu tgk dr video nie..seperti gak ngn tulisan ku.. secara realitinya aku suka buat lawak bodo.Xkirala depan guru besar n sapa2 la..haha..thats me..aku xbleh lari dr tabiat aku nie..walaupun aku buat muka serius msti akan terjadi juga lawak bodo ke atas diriku ini. hehe..apapun thanxs a lot c.tohit,kerana merakamkan video nie..at least ada gak kenangan bervideo cikgu sham.sblom nie asik gambor ja..so masing2 bleh tgk live sy camna..hehe.

Khamis, 23 Disember 2010

J+A+M+U+A+N = ???

Peperiksaan ahir tahun sudah habis.Ini bermakna lagi 2 minggu cuti sekolah akan bermula.Wow aku mendapat satu idea.kenapa tidak aku buat jamuan akhir tahun kelas.Yeah thats a great idea..Aku pun pagi itu dengan semangat berkobar-kobar masuk ke kelas.konon-konon nak bincang ngan budak pasal nak buat jamuan.

Murid-murid:Selamat pagi Cikgu!!
Aku:Selamat pagi,sila duduk.
Murid:Cikgu,hari nie kita belajar apa?
Aku:Hari nie kita tak yah belajar..kita duk saja2 ja dalam kelas.(Hahaha..cikgu yg hampeh..maklumla dah
       abis sylibus).
Murid:Aler cikgu,boringla xbelajar.
Aku:Yeke...okla hari ini cikgu nak bincang dengan kamu pasal jamuan.
aku tengok murid..blurrr belaka.
Aku:Okla cikgu ingat nak buat jamuan..jadi cikgu nak kutip duitla daripada kamu.
Murid-murid:Berapa cikgu kena bayar?
Aku:RM5..ok x?
Murid-murid: Ok cikgu!!!
Aku: Ok..jadi minggu depan cikgu nak kamu bawa RM5 sorang.
Tiba-tiba welson mengangkat tangan sambil berkata.
Welson: Cikgu!!buku apa itu jamuan..cikgu??
Bila aku terdengar (buku apa itu jamuan)baru aku tersedar alamak..budak2 nie suma ingat jamuan 2 buku ka?aduis aku tepuk kepala aku sdiri...Bodohnya aku..hahaha..last2 sbb frust sgt budak xpaham apa itu jamuan.Aku kenselkan hajat nak buat jamuan 2...hahaha..ntahla aku nie pun satu duk layan budak darjah 1 macam budak tingkatan 1.Haha..itulah pengalaman aku ngn dak darjah 1 nie..mcm2...



Welson


Rabu, 22 Disember 2010

Bila ayam bercakap mcm itik dan itik bercakap macam ayam lalu berlakula lawak cerdik

Kisah ini berlaku di antara cikgu matematik (akula 2..hehe) dengan murid tahun 1 (welson).Pada masa itu aku  mengajar topik masa,Dan aku melukis bermacam bentuk jam dekat papan hitam. Aku menyuruh murid-murid aku melukis jam 2 dekat dalam buku latihan dorang.

Welson:Cikgu!!sini sekejap.
Aku: Ye Welson ada apa?
Welson:Cikgu...lukis nama?
Aku :Lukis jam..(sambil jari aku menunjukkan ke papan hitam).masa 2 suara aku lembut lagi.
Welson:Cikgu..lukis nama?
Aku: dalam hati isk aku dah cakap xpaham bahasa ka budak ni..pekak ka dia padahal aku betui duk depan
       dia.Xpala aku jwb lagi.Welson lukis jam!!(masa nie suara dah tinggi skit).
Welson:Cikgu... lukis nama?(aduh tensennya aku)
Aku: Welson cikgu nak kamu lukis jam dekat papan hitam 2..(masa nie suara aku dah tinggi betui)lepas 2
          mataku nampak tangannya duk menunjukkan dekat batch namanya.lorr upanya maksud dia lukis
         nama 2..tulis nama ka?

Sebenarnya aku ingat "lukis nama"="lukis apa"  istilah "nama"dalam bahasa iban ialah "apa".Jadi aku ingatkan dia tanya nak lukis apa.Kira aku nie duk paham Welson cakap bahasa iban.

Rupanya welson plak bercakap dalam bahasa melayu tetapi salah kata kerja "lukis"="tulis"."nama"=nama dia la(bahasa melayu standard).

Jadi dalam kes ni aku adalah ayam yg cakap bahasa itik dan welson adalah itik bercakap dalam bahasa ayam, maka terjadilah salah faham bahasa.Kebanyakkan budak tahun 1 di hulu kapit nie dorang memang xfasih berbahasa melayu.jadi cikgunya terpaksa belajar bahasa iban semata-mata untuk mengajar dorang. :).
Tapi apapun bila aku citer kat kwn mmg dorang tergelak besar.macam2 kenangan aku dengan tahun 1..hehe.

Isnin, 20 Disember 2010

Aku,kawanku n sekolahku(memori 2009+2010) Part 3

Dari kiri: Finn, Kak Linda, Kak Ros


Pada episod ini kita akan memulakan cerita dengan Finn dulu(yeeha).Finn nie nama dia Rufina atau dikenali sebagai cikgu Rufina.Tapi kitaorang pggl Finn sahaja.Ayat trademark dia yang selalu jd ikutan kitaorg ialah "ya..ka?".Hehe..Kalu xcaya g tanya Syiha  (Syiha nie pandaila miming cara sebut "ya..ka" 2.)hehe..Finn nie cikgu pra-sekolah.Kebetulan pra sekolah betui2 depan umah aku.Jadi dengarlah dia mengajar budak pra 2..masa tahun 2009 jrg aku dgr budak nangis..tapi 2010 bleh dikatakan setiap ari budak melalk menjerit..sampai aku tertanya2 aphal bebudak nie..hehe(hanya Finn sahaja yang tau apa yg terjadi kat budak 2)betuix Finn?hehe.Tapi apa yang terlekat dekat minda aku nie pasal Finn dengan budak2nya ialah bila pukul 11am. akan kedengaranlah suara anak2nya mengucapkan..Terima kasih cikgu!!Terima Kasih Kakak!!(cara sebutan dorang 2 lain tau,bukan mcm budak2 sekolah kat semenanjung).xpala kalu saper2 nak dgr cara sebutan bebudak nie..bleh request dengan tuan punya blog http://tauhhidblog.blogspot.com untuk merekodkannya.Cara sebutan mereka nie unik tau.Rumah Finn nie gak adalah tempat perlindungan kami semasa rumah kami tenggelam dek banjir.selama 2 hari berkampung dekat umah finn.Pening Finn melayan kerenah kami.Terima kasih banyak2 Finn.aku pernah menghancurkan jam locengnya..gara2 xbleh duk diam(biasala hyperaktif lebih sgt..hehe).Sorry yer Finn..hehe.Finn nie gak seorang warden.Fuhh garang gak dia..sekali dia tempik budak terus jadi tikus.Finn nie also still single sapa2 nak berkenalan blehla..hehe.org sarawak nie. sama batch ngn kitaorg.

Next Kak Linda.Fuh pekerja paling lama kt S.k.Ng Kain nie..K.linda ni kerani kat sekolah kitaorang.Dia sorang ja tau kerani kat sini.Aku suka g kacau dia...xdak kija kan.K.linda nie best fren dengan K.lora.Nila geng2 aiskrim k.Lora yang aku mention ari 2.K.Linda nie jenis tak banyak cakap,dia buat kija dia.Walaupun bertimbun kerja atas meja dia..fuhh nampak cool ja dia buat..tidak menunjukkan sebarang kekalutan di riak mukanya(cewah begitu puitis sekali).Tapi apapun bagi K.Linda la kerani yang paling besssst aku jumpa,baik senang bagi kerjasama dan seperti biasa bila bab2 nak claim + cek register kehadiran murid2 dia yg uruskan semua.K.linda pun solo lagi..org cantik dan manis.saper berkenan blehla..bleh blah..haha.(sori).

seterusnya Kak Ros. Nie bukan K.Ros Upin&Ipin tau.Kak Ros nie Pembantu Pengurusan Murid Pra sekolah(PPM).Fuh speciality k.Ros adalah memasak.Memang the best la K.ros masak.Biasala Pra kan dekat bangunan kelas darjah.Setiap kali aku masuk tahun 4.Hilang fokus nak mengajar,gara2 terbau masakan K.Ros.Kebetulan plak timing aku mengajar tahun 4..dekat2 waktu rehat..mmg mencabar keimanan ku.Aku suka cucur pisang,cucur kurma,cekodok,cucur udang,nasi lemak,nasi goreng semuala masakan K.ROs.Aku suuuuka.Tapi tahun nie xdapat mkn sgt masakan K.Ros,sbb dia pregnant..jadi dia selalu xada dekat sekolah.Jadi jarang dapat merasa masakan K.ros tahun nie..hehe.Apapun K.Ros tahniah dapat baby baru (anak kedua).Eh lupala laki ka pompuan :).


                                         Dari Kiri:Wan, Ridzuan n Zairy..

Wah ini dia 3 jejaka S.K.Ng kain.Patutnya ada 4 iaitu Cikgu Zawawi,tapi malangnya dia xdak masa nie sbb sakit mata.Dia ada di Kapit.kena kuaratin kat sana.hehe.

Ok kita mulakan dengan Cikgu Wan.Nama sebenar Wan Kamarol,orang terengganu n sudah berkahwin (masih lagi mood pengantin baru..haha).Dia nie adalah guru pemulihan. Fuh garang giler siot..Tahun 2009 kelas dia dekat bilik darjah tahun 1..fuh hari2 dengar suara budak meraung2 dalam kelas dia. budak darjah 1 dengan kecut ja perut..hehe.Tahun nie kelas pemulihan duduk dekat atas bukit bersebelahan dekat bilik guru. so bila dengar Wan mengajar anak2 didiknya..sampai cikgu Semang P.K 1 kitaorang cakap..uiks garangnya takut saya.haha.Sampai Guru besar pun takut.Sampai guru besar cakap uiks garang betui cikgu Wan 2..haha..kami yang kat dalam bilik guru..gelak ja.Kalu aku la jadi anak muridnya..memang sah aku ari2 xg sekolah..mmg kecut perut kena tengking.hehe..tapi budak2 dia relak ja..w/pun kena marh atau ditengking dorang tau lepas abis kelas..mesti dorang dapat kuih dari cikgu Wan..sebb 2la diorang xkisah kena tengking.Aku pun paham perasaan Wan bukan senang nak ajar budak2 pemulihan..kalu lembut2 dorang xberusaha,kena keras skit baru cepat blajar..hehe..betuix.Dorang yang juga yang pandai.Tapi apapun budak2 suka dengan Cikgu Wan nie..sbb dia xkedekut.Dia xberkira sangat ngn bebudak2.hehe

Seterusnya Cikgu Ridzuan, yang nie orang perak masih blum berkahwin tetapi akan berkahwin hehe.Mesti korang pelik apahal cikgu nie bergaya semacam siap pakai spek mata itam lagi,buta kah dia?hehe or ataupun stylo kah dia..kih2..sebenarnya pakai spek mata hitam 2 sbb sakit mata gara2 berjangkit ngn Cikgu Zawawi.Cikgu Ridzuan kita nie well planning orgnya.Jalan pun tegak ja. Almaklumla org sport.Dia nie org kuat softball tau.siap ada club sdiri iaitu club banshee(ataupun bila diterjemah kut melayu kelab jembalang/pontianak)uiks takuttttnya den..hehe.ingt nk letak blog cikgu ridzuan tapi xjupa plak adressnya hehe..xpala saper2 nak tgk blog cikgu Ridzuan nie sila search kat googgle..tajuk dia back to nature. :). Budak2 takut dengan cikgu Ridzuan nie..cara dia mengajar xmacm mak2 singa dlam part 1..senyap ja dalam kelas..jrg la dgr suara dia ms dia ngajar..hehe ngutuk2.Nak tau kenapa budak takut dgn dia..budak takut dengan ketam tangan..sekali kena kat paha sakit tuh..hehe.tp apapun tahun depan cikgu Ridzuan nie mmg layakla jadi warden.Hehe.Sbb dia pandai control budak2.Xyah guna suara byk2 jeling ja budak dah takut..haha sbb 2 dia kena pakai spek itam sokmo 2.

Next Cikgu Zairy. Cikgu Zairy nie cikgu bahasa melayu dengan Pj dengan muzik.Setiap kali aku masuk ngajar tahun 2 dia akan masuk ngaja muzik tahun 1.Jadi bebudak kelas aku dgn xcitednya akan ikut menyanyi sama. Sampai aku pesan dengan bebudak nak ikut berlagu bleh..tapi kerja cikgu kena buat gak.Cikgu Zairy nie org N.sembilan tapi dia fasih bercakap dalam suma lorat,dalam ramai2 cikgu semenanjung yang ada kat situ rasanya Zairy la yang fasih jaku iban(bercakap iban).Aku setakat tau nemu.auu 2 ja..hehe.Mak2 budak sukala ngn zairy nie..sebb dia suka bersembang ngn dorang.macamana aku tau..well dorang nie bersembang betui2 bwh rumah aku..lagi satu Zairy nie kitaorg panggil sebagai siren banjir nak tau naper?hehe.Ada malam 2 dalam kul 11 pm..kami semua baru nak melelap mata.nak tidola.tetiba kami dengar suara Zairy "APOOO!APOOO!APOOOO!"dengan kuatnya..aku ngn Syiha bingkas bangun.Apehal plak nie mlm2..Kami terus keluar umah..tudia air dah tinggi kat luar.Rupanya malam 2 kami dilanda banjir tanpa ribut,hujan petir tetiba banjir.Sejak 2 kalu kami nak ready bab banjir nie kami kena tunggu siren dari Zairy nie dulu..hehe.Tetapi start tahun depan tiada lagi siren "APOOOO"APOOOO"daari Zairy, maklumla dia dapt pindah..dah hilang sorang geng..Zairy dan keluarganya dapat pindah balik ke negeri asal.Ok zairy semoga berjaya di tempat baru.Apapun nak cakap Zairy nie suka masak tau..dia selalu bagi makanan kat jiran sebelah dia nie.Walaupun kami jarang membalasnya.kalu dia hulurkan makanan kat kami 10 kali agaknya sekali ja baru kami balas..hehe..sori yer..umah kami semua jrg masak,sbb masing2 diet.hehe.

nantikan Part 4..Ramai lagi geng ng kain yg akan menyusul.Masing-masing dengan kisah mereka sendiri. :)

Selasa, 14 Disember 2010

Aku,kawanku n sekolahku(memori 2009+2010) Part 2

Ok..kita sambung cerita kwn2ku yg lain plak..hehe

Dari kiri:MIss JESS, K.LORA,MAMAROCK
Ok...ini dia 3 sahabat yang sejati.Dorang bertiga ini adalah cikgu senior..hehe.Miss Jess nie nama asalnya ialah Jesion meding..tapi nama glamer miss jess.Miss Jess nie adalah guru matematik.(korang perasan x penulisan aku nie begitu skema sekali..well becoz miss jess nie seorg yang skema,,jadi bila nak tulis pasal Miss jess tetiba aku pun jadi skema..hikhik sori yer c.jesion mengutuk plak...)tp apapun dalam ramai2 cikgu diala yg plg organize..well planning xmcm cikgu2 lain sumanya kelam kabut..haha termasukla aku..ckp ja ketua panitia kemahiran hidup tp fail panitia nth mana.bersepah2 atas meja..meja yang paling bersepah kat bilik guru adalah meja ku..wah wah dengan bangganya aku mengumumkannya di sini..haha..tp apapun Miss jess ini adalah Penolong Kanan Kurikulum..jgn main..hehe.Bila kita mention mention pasal Kerja Zon(keceriaan Sekolah)+Tarian/kebudayaan kita akan terbyg muka miss jess..hehe.(its ok mengumpat cni sbb miss jess xtau kewujudan blog aku nie)apapun miss jess i salute u punya kija..yeeha. :)..opss lupa Miss Jess nie pun solo lagi..saper2 nak berkenalan blehla..hehe..(kaya nie..duit berkepok2 dlm bank nie)hikhik

seterusnya cikgu Senior perempuan yang paling lama berada di S.K.Ng Kain.Madam Laura.Dia duk skool nie 5 years tau..tp taun depan dia dah pindah perlis ikut hubby dia..hukhuk..sedey dah ilang sorg geng.K.LORA nie cikgu sains..Mantap!!mmg budk2 score A la ngn dia.K.lora nie part time dia..dia jual aiskrim malaysia..partner dia k.linda(pic akn di tunjukkan di bwh).So di waktu tengahari yg panas terik..kami(syiha+aku+ida+niza)akan mencari mangsa(budak2 sekolah) untuk pergi membeli aiskrim dekat umah k.Lora.hehe.Mcm2 aiskrim dia jual asam boi,jagung,mila,strawberyy.Lagi 1 kalu nk serai kitaorg akan pergi umah k.lora..sampaikan serai kat umahnya ciput dah gara2 kena kidnap ngn kitaorg..membebel dia..hehe.oopps sori yg nie dah kawin..xblehla nak berkenalan..hikhik

seterusnya Cikgu Tauhhid aka mamarock. Cikgu paling lama iaitu 10 tahun mengajar kat s.k.ng kain.Guru besar kami sekarang pun xselama cikgu Tohit.C.tohit nie English teacher u know..speaking ala2 london gitew..hehe.Cikgu Tohit nie kreatif orgnya..kalu ada function apa2 bila bab2 hiasan2 2 ok..mmg muka dia la yg asik kena..begitu juga seisi selayang padang mmg dia org yg paling tepat utk diberi tugas.Ok saper2 nak tengok kekreatifan Cikgu Tohit nie bleh lawat blogdia http://tauhhidblog.blogspot.com/ ,n kalu saper nak tgk video yg diupload oleh Cikgu Tohit blehla search dekat you tube(S.K.NG KAIN) semua video2 2 dialah yg buat..mantap..c.tohit u mmg geniusssla..i salute u.Kadang2 kalu nak tau apa2 benda tanya ja dekat mamarock nie suma dia tau..(ensklopedia bergerak)..hehe sory yer..tp mmg betui tanya ja suma mende dia tau..sbb dia suka mmbc..2 yg tau byk mende..Ok tamat cerita 3 sekawan nie..seterusnya..MAMAROCK nie single lagi..saper2 nak berkenalan blehla..hehe.(pandai masak nie..the best dish daging masak itam..fuyyoo 1st class)

Aku,kawanku n sekolah ku..(MEMORI 2009+2010) Part 1

Kali ini post aku mengenai aku dan kawan-kawanku..biasala kwn2 dekat s.k.ng kain la...itula dunia kecil ku..pi mai pi mai asik org 2 jela..hehe. Kali ini karanganku ini lebih kepada karangan bergambar ye..lagi syokla sbb ada gambar..daripada semua tulisan betuix.Ok slide pertama

Gambar di atas menunjukkan kami 4 org (dari kiri: Syiha,Niza,Aku n Ida) sedang berada di dalam bot ekpress. Masa nie kami dari Sibu hendak pulang ke Sekolah kami.Nie tahun 2009..masa mula-mula datang posting kat sarawak..masing-masing muka budak2 lg..hehe perasan.




Singgah jap kat Kapit..Nak tau mana satu bot kami hah bot yg ada cat biru 2..hah yang 2la. singgah jap kat pekan Kapit dalam 30 minit.Lepas 2 meneruskan perjalanan masuk ke sekolah yg mengambil masa 1 jam 30 minit.Ok abis citer pasal bot..Ok..hehe..sbananya nak citer mende lain..tp bleh plak melalut citer pasal naik bot..apala mek sham nie..hehe.dah lari dari tujuan sebenar..sebenarnya nak citer pasal aku n kawan2..ni dia slide pertama..

 
Ini adalah gambar-gambarku bersama Cikgu Nornasyiha ataupun nama glamernya Syiha.Dalam koleksi gambar yang aku ada..mesti banyak koleksi gambar aku ngn Syiha nie..maklumla kitaorg asal nmpk kamera..xkirala kamera sapa2 pun dengan tidak segan silunya (hehe) akan berposing..sampai tukang kamera pun mls nak layan..haha.(biasala perasan model gitu..haha). ok tidak kirala kat mana pun atas bumbung bot, dalam perahu n apa2 jua keadaan dan situasi kami akan cepat ja berposing.Ini adalah bahana sbb hari2 duk tengok American,Australia,Britain Next Top Model.Masing2 ada angle masing2 yer..perasanx gaya berposing 2 sama ja..setiap masa..hehe. Cikgu Syiha nie cikgu English.Orang Kedah.Fuh kalu speaking mmg cayak la..hehe.Cikgu Syiha nie pun guru tari tau..hari-hari duk practice menari dlm umah.Dahla umah kayu bergegar rasa.(hehe sori yer syiha mengumpat hang,xpa hang xbc pun blog aku nie..hehe)

Ok seterusnya gambarku bersama Cikgu Sarida..ataupun lebih dikenali sebagai Ida..Ida nie serius orgnya (time kijala)..tp selalu gak wat lawak bodo..hehe..So bila aku bergambar dengan ida, xblehla nak tergedik2 mcm aku bergambar ngn Syiha.Kena kontrol skit..nntkan xpasal2 kena sound ngn ida..hehe(sori iyer ida mengumpat hang)..Aku jarang dapat bergambar ngn ida sebab dia selalu ja hilang..mcm Chipsmore sekijap ada sekijap xada.Biasala kalut dengan kijanya la..hehe.Cikgu Sarida nie komited ngn kija dia.Dia cikgu B.Melayu.Kalu dia masuk kelas..kalu sejam..sejamla dengar bercakap non stop(hehe)tapi bahasa melayu dia fuh mantap..kalu aku jd anak murid dia..agaknya masa SPM bleh dapat A kut.Asal Perak nie..Still solo lagi..saper nak berkenalan blehla..(hikhik..xpa ida nie pun xbc blog aku jd dia xtaula aku promo dia kt sini..hikhik)

Next..inilah satu2nya pic aku dengan Niza..dasatkan..Niza la org yang paling sush nak diajak bergambar..asal ajak bergambar mcm reason dibaginya..hehe.so gambar ini sempatla di snap masa tue kebetulan dia duk sebelah aku.Jadi cepat2 suh k.Maria snap.hehe.Gambar nie diambil masa nak balik raya tahun 2009.tengah tggu berbuka puasa kat arkeb mara sibu..Cikgu Norhaniza..dia mengajar sains ngn moral.Budak-budak memang sukala ngn dia.Sbb dia mmg baik.Di kalangan 4 org yg gambarnya terpapar di sini niza la cikgu pebret budak2 sana.Almaklumla lagi 3 org nie mcm mak singa mengajar..haha..Kalu xdgr ngauman kami hari2 mmg xsah.haha equal guru yg garang.

Inilah kami duk 1 rumah..tapi mcm2 perangai..niza+ida pengemas orgnya..AKu+syiha penyepah orgnya.Kira neutral la 2kan.Kalu kami xsepahkan xdak plak duty mengemasnya..betuix.Kalu umah kami 2 ditingglkan oleh depa 2 org nie..mmg abis-abisan kami sepahkan..hehe..sori iyer ida n niza kerana asik mengemas brg2 yg kami sepahkan,kat depan tv 2 penuh ngn mknn ja.hehe

Ok Untuk Aku,kawanku n sekolah ku Part one citer dulula psl housmate ku..part 2 nnt akan diceritakan tentang jiran-jiran plak..hehe




















Jumaat, 10 Disember 2010

Niat Di hati..

Niat di hati mau mengupload  gamba2 kenangan tahun 2009 dan 2010..sedih sangat xdapat nak upload..maklumla..tenet lembap sekapal(gara-gara xbyr broadband la nie hehe)jadi entry untuk aku,kawanku,sekolahku terpaksa ditangguhkan..so sad..

Jumaat, 3 Disember 2010

Encera & Shhimira..adalah pilihanku...

Bila cuti sekolah, tiada apa yang dapat dibuat dekat rumah ini..Jadi otakku ligat memikirkan apa aktiviti yang patut dilakukan sempena dengan menyambut keboringan ku ini. well akhirnya aku mendapat idea menjual krim muka dan pencuci wanita dekat facebook..hehe. At least ada gak income masuk. Disamping mempromotekan barangan baru ini. well inilah produk yg daku jual.

                                                                  Encera BB Cream
Produk nie sebenarnya aku dah guna 2 bulan da. Ada kawan kasi adiah. Dia suh tryla..dia cakap elok..produk baru. Dia cakap sesuai untuk kulit minyak..biasalah aku nie bab2 krim nie lemah skit. sebab mukaku ini teramatla sensitif,berminyak dan mudah berjerawat. xbleh pakai produk sebarangan.
Jadi disebabkan nak menjaga hati kawan aku nie..aku tryla pakai..hehe.(biasala hati kawan kena jaga gak). Aku pakai krim nie..wow tanpa kusedari sudah dua bulan aku memakainnya..maknanya serasila ngn kulit aku. Kenkawan semua nak tengok perubahannya..(harap maklum aku siap buat testimoni sedirila..hehe)



Testimoni yang kat atas tue buat sediri tau..ShamShaniz 2 nama glamer i dekat Facebook..hehe..Selepas itu aku tunjuk kat kawanku..dia pun edit2 balik testimoni aku nie jadi cam kat bawah.

Jadi ini testimoni yang dibuat oleh kawanku. Tengok siap dicop dengan nama blog dia dah..Tapi lagi kemas dan berinfo dari yang daku buatla kan..hehe.nama glamerku ShamShaniz sudah diubah menjadi Cikgu Sham..kui..kui.Kawanku cakap kalu company terima testimoni aku nie..wow dapat RM100 beb...hehe.Ok kawan-kawan kalu nak tau lebih lanjut tentang produk nie bleh layari http://www.dinamikfamily.blogspot.com/ okeh.

ok..NEXT...SHHIMIRA FEMININE WASH..


Produk ini adalah khas untuk wanita SAHAJA..Harap maklum ya..ada ka patut kawan2 laki aku tanya untuk laki bleh??so sbb itula awal2 lagi aku mention untuk Wanita Sahaja..hehe..choii (ala-ala Cikgu Tohid cakap)betul dorang nie..saja la 2. Pencuci wanita ini didatangkan dalam botol 30 ml..kecik sj..senang nak letak dalam handbag..bleh dibawa kemana saja.Anywhere,anytime..bleh digunakan sama gak dengan Encera BB cream di datangkan dalam packaging yang kecil sahaja.

ok di sini di terangkan khasia Shhimira Feminine Wash.
1. KESEGARAN SEPANJANG MASA
 Shhmira diperkaya dengan wangian buah strawberi.
2. KEYAKINAN SEPANJANG HARI.
Tidak kira betapa sibuk anda pasti yakin dengan kesegaran
sepanjang hari.

3. SIZE PAKEJ YANG SENANG DIBAWA.
Boleh dimuat kedalam tas tangan anda. Didatangkan dengan
botol bersaiz 30ml.

4. DIPERBUAT DARIPADA TUMBUHAN HERBA TRADISIONAL.

Shhmira adalah pencuci wanita lembut yang diperbuat daripada tumbuh tumbuhan yang terdapat di asia.

Manjakani.

anti oksida(anti penuaan), boleh membantu pembetukan tisu, menguatkan serta menganjalkan faraj, antiseptik dan anti radang.

Kayu rapet/rapat.

Herba yg selalu digunakan oleh kaum wanita dahulu kala terutamanya selepas bersalin. Fungsi utk merapatkan faraj.

Kacip Fatimah

Akar kayu yg cukup terkenal yg banyak terdpt di negara asia yg secara traditionalnya utk meningkatkan tenaga dan memperbaiki otot faraj wanita.



Jadi kengkawan sesaper yang berminat bolehla contact saya..norshamsariyah@yahoo.com.my
Kalu teringin nak berbisnes pun bleh gak..jadi layari
http://dinamikfamily.blogspot.com/

Isnin, 22 November 2010

Gempar!!S.K.NG KAIN KAIN terkena SAMPUK!!

Tanggal 15hb112010..detik itu..saat itu..awal2 pagi lagi aku sudah rasa tidak keruan. Aku ingat lagi hari itu adalah hari isnin. Macam biasa sebelum aku pergi ke kelas mesti aku breakfast dulu..tp tidak hari ini..apa yang kena dgn diriku ini..jap lagi kul 1000am ada taklimat dengan guru besar. hatiku berdebar2..aiseh intenet kat bilik ICT xberapa nak kemenjadiannya..aduh hatiku resah..gundah lana..menunggu saat itu..

Habis taklimat tiba2 aku dengar org menjerit seperti kena sampuk..padahal baru siang hari..baru kul 12pm..aku keseorangan di bilik guru..adui semakin berdebar ketakutan aku. lalu ku berlari pergi mendapatkan kawan-kawan ku yang tengah menjerit bagaikan kena sampuk..

Bila sampai bilik ICT aku terus menerpa kawan2 aku yg tengah mengelilingi sesuatu..aku tanya eh dah bleh guna ka?yup dorang menjawab..aku lagi berdebar..K.lora dapat..cakap Wan..yeke..eh ko tolong cek aku punya..alamak lupa password plak..ah akhirnya berjaya gak masuk..aku makin berdebar...kemudian mataku terkaku melihat tulisan di skrin. HARAP MAAF PERTUKARAN ANDA KE PERAK TIDAK DILULUSKAN...uwaaaaaa!!aku menjerit..akhirnya aku sekali kena sampuk mcm kawan2 ku yang lain.

Daripada 10 orang yang apply untuk berpindah..hanya dua orang ja yg dapat iaitu
Kak Laura & Zairy..tahniah untuk korang..akhirnya dapat kembali ke semenanjung..

Ahad, 7 November 2010

KEMARAU...akhirnya kau menjelma jua..

yup musim kemarau sudah bermula.Jika sebelum ini..di s.k.ng Kain nie..asik dilanda banjir ja..dalam sebulan 2 bleh sampai 3 kali banjir. Sekarang musim kemarau plak menjelma. Kalau dekat semenanjung plak..area Kedah dasat di landa banjir..manakala kami di pendalaman Kapit plak hebat di landa kemarau..air-air (betul ka kata gandaan ku nie..) sungai mula cetek..jeram2 mula timbul..bila air cetek..maknanya susahla kami nak keluar ke Pekan..yela..bila air cetek perahu xbleh jalan..kalu sebelum nie perahu bawa kita..sekarang kita plak yang bawa perahu..hehe.

Bila kemarau..air dekat rumah aku pun kontang..yela maklumla sumber bekalan air kat sini adalah air sungai ja..lalu misi mencari air kami serumah bermula..tahun nie..kitaorang sudah jumpa port baru tuk mandi dan basuh baju..tempat mandi kitaorang dah "cupp" dekat rumah lama Fina.Tempat basuh baju..dekat bilik mandi asrama budak perempuan..hehe..kalu tahun lepas..tempat mandi kitaorg dekat sungai depan rumah..tapi tahun ni sungai dekat depan rumah 2..airnya mcm air milo ja..xlalu nak g merendam kat situ..

Ok untuk memasak plak..kitaorg amik air kat dapur asrama xpun dekat paip bawah rumah yg ala2 chipsmore 2 (sekejap ada sekjap xdak..)kalu susah2 sangat memang xmasaklah..makan biskut kering ja..xpun tibai mee maggi..hehe

Tapi apapun.sudah tahun ke-2 duduk dekat pendalaman nie..kami cikgu2 dekat S.K.Ng Kain nie dah biasa dengan banjir dan kemarau..walaupun rumah kami tenggelam di landa banjir..kontang bila  di landa kemarau..kami redha dan pasrah..demi anak bangsa kami rela berkorban apa sahaja..

Rabu, 3 November 2010

Kursus...kursus

Serasanya baru minggu lepas aku kena attend kursus..minggu lepas kursus Pusat Sumber.Satu minggu duk bertapa dekat Pekan Kapit nie..Bila masuk sekolah hari ahad..tiba-tiba guru besar cakap "Cikgu Sham..3 dan 4hb nie u ada kursus lagi yer..kursus KSSR (kurikulum standard sekolah rendah) tahun 1 bagi subjek math".."alamak GB (guru besar) saya lagi ker..", tgk cikgu Norsham nie menjawab.."saya dah nak pindah GB, bagi kat orang lain plak",(hehe perasan mcm confirm dapat pindah)..'lagipun saya dah pokai nie nak g bertapa kat Kapit,nie..tgk mcamana cikgu Norsham nie menjawab..Tapi apapun aku juga yang kena pergi..

Jadi aku ngan cikgu Niza turunla tengah2hari semalam..apakan daya tengahari 2 plak..tiba2 bot penuh..seperti biasa kami terpaksa memanjat bumbung bot..open air punya seat..dahla panas terik..fuh memang terbakar kulit..tp demi tugas terpaksa gak lalui..

Sampai Kapit..cari hotel..alamak semua hotel full.. xpala relax dulu perut dah lapar mknla dulu..on d way nak g makan jumpa cikgu Lepong gaat..Cikgu Sarah..wah dia cakap dia dapat bilik hotel double bed..so dengan segeranya kami mengoffer untuk stay dengan dia..alhamdullilah ada gak tempat bermalam..

Isnin, 25 Oktober 2010

Bila letrik di padam..

Disebabkan kerajaan Malaysia sekarang mengalami masalah kekangan kewangan yang melampau, jadi bekalan tenaga eletrik di semua sekolah pendalaman sarawak terpaksa dipotong dari 24 jam kepada 12 jam sehari. Kembali ke zaman kemunduran..terpaksa hidup berlilin dan berpelita macam orang zaman-zaman dulu.huhu sedih.Catuan ini terpaksa dijalankan kerana tiada peruntukan kewangan yang banyak untuk membeli minyak. Harap maklum semua sekolah di pedalaman sarawak ni dorang xguna TNB tau dorang hanya guna generator untuk membekalkan tenaga elektrik, jadi bila guna generator terpaksa mnggunakan minyak. Jadi setiap 1 kali sebulan si Tony (tokey bot ekpress Sinar Wawasan) akan datang dengan botnya untuk membekalkan minyak ke sekolah.Bukan minyak masak tau..minyak petrol.

Jadi disebabkan fenomena ini(ceh ilmiah plak) kami semua warga S.K.Nanga Kain merangkap penduduk  dalam kawasan sekolah ini terpaksa hidup dalam kegelapan. Bekalan elektrik hanya akan di buka dari 5.30 pagi sampai kul 4 petang, 6.30 petang sampai 11 malam. Bila kul 4 petang semua warga kain akan keluar dari sarang (rumah) mereka kerana tidak tahan dek kepanasan yang melampau dalam rumah,maklumla rumah kayu..kalu siang panas, bila mlm baru sejuk.Kadang2 duk dalam umah mcm duk dalam sauna,bleh berpeluh2..tapi apapun dapat sauna free.

Jadi beginilah nasib kami sebagai seorang pendidik di kawasan hulu + pendalaman.Pelbagai cabaran terpaksa dilalui.dahla line tel xdak apa,letrik plak xdak..sekarang nie plak musim kemarau..krisis air bakal menjelma..uwaaa...harap2 tahun nie ada rezeki pindah balik semenanjung..amin..
                                         makan cucur berteman lilin..simbolik sempena ketiadaan elektrik

Ahad, 10 Oktober 2010

SELAMAT HARI LAHIR SHAM..

Semalam adalah hari lahir ku yang ke 28..wah dah nak masuk ke era 30 an dah nie..apapun sempena dengan kelahiran ku yang ke 28 nie..

sesungguhnya aku bersyukur kepada tuhan kerana..

dipanjangkan umur..
dimurahkan rezeki..
diberi kesihatan yang elok..
di berikan oleh Nya hidayah dan petunjuk kepada ku..
aku masih mampu bergerak, bercakap,melihat,ketawa, menangis dan sebagainnya..

Ahad, 3 Oktober 2010

sudah sampai masanya..

Hari ini Ahad.Ini bermakna sekejap lagi pada pukul 11.00 pagi aku akan menaiki bot. Ini bermakna pada pukul 1.00tghari nanti aku sudah berada di sekolah. Ada beberapa jam lagi line tel aku boleh dihubungi..selepas ini tiada lagi sms,tiada lagi deringan tel, tiada lagi wifi, tiada lagi facebook, tiada lagi chatting..bila sampai sekolah hanya ada tv dan astro saja..huhu terasa berat hati nak masuk sekolah. Tapi apakan daya kerana amanah pada tanggungjawab yang diberi..dengan rela hati aku pasrah.

Sudah sampai masanya aku kembali bertemu dengan anak-anak didikku, serasanya sudah sebulan tidak berjumpa mereka.yela dari cuti raya lagi, abis cuti raya aku plak ada kursus dekat Kapit. Sebenarnya aku sudah tidak sabar untuk mengajar balik..sudah jemu bercuti..hehe..sudah lama tidak mark buku kerja, membebel dekat murid2 dan yang sewaktu dengannya..

Apapun sudah sampai masanya untuk aku mengucapkan Selamat tinggal dunia blogging..Kalau ada masa jumpa lagi... bye,bye

Sabtu, 2 Oktober 2010

Andai ku...

Andaiku..
Bisa mengundurkan masa..
akan ku ubah semuanya..
tapi apakan daya setiap benda yang berlaku
sudah di takdirkan..

Jumaat, 1 Oktober 2010

SELAMAT PAGI SHAM.

semoga hari ini hari...

yang menceriakan..
segala urusan berjalan dengan lancar
kesihatan aku sentiasa berada dalam keadaan yang elok2
dimurahkan rezeki
sentiasa berada di dalam iman..
amim..

Khamis, 30 September 2010

Kehidupan di Pendalaman Kapit Sarawak (part 4)

                                          masing2 sedey..sbb dah final year kat school..
perjumpaan pengakap


























Kehidupan di Pendalaman Kapit Sarawak (part 3) makan2 time

                                          nasi ayam penyek beletek the best from Kapit..
                                           makan2 sempena sambutan hari bahai di umah cikgu Jesion aka miss jess
                                         nasi goreng ala-ala miss jess
                                          sayur goreng campur ala2 miss jes
                                         kepak ayam goreng miss jess
                                        wow banyaknya mkanan best2..xsabar nak makan
                                         tempat makan2 di Kapit (OA aka Open Air)
                                          sate ala pakcik posmen


                                          kepak ayam bakar ala pakcik posmen

                                          nasi ayam ala pakcik posmen (RM 4.00)
                                          nasi lemak ala hajah fatima (RM 5.00)
                                         mee goreng kampua (RM3.00)
                                         makan kecik2 atas meja besar..hehe
                                         aiskrinm dekat sugar bun sibu bukan kapit yer