Khamis, 9 Ogos 2012

Baju Raya 2012

Tahun ni..baju raya xtau pattern nk mcm mn.Tgh belek2 majalh harmoni dekat umah Syiha..tetiba berkenan plak baju ni.Pa Lagi terus tunjuk kat mak Syiha."Makcik blehx jahit baju mcm nie'.bleh2..jawab mak syiha.pa lagi keesokkannya ajak Syiha pi cari kain sebijik mcm kat dalam majalah.hehe..last sekali jumpa kain kat Jakel Alor Setar.huhu.Harap2 dapat siap dgn cepat.sebab tadi Syiha sms,cakap maknya tengah excited duk jahit baju.huhu..yahooo..
ni la baju yg berkenan siang malam duk telek majalah.

Selasa, 26 Jun 2012

Kembar siang part 2

hai assalamualaikum.
hari ini kita sambung balik cerita kembar siang pandang ku...semalam cerita ini tertangguh sampai kat airport sibu kan?ok apabila sampai di airport sibu,kami kena beratur untuk mngambil surat posting,akumngmbil surat aku,uiks kt mn la sekolah aku nie..huhu bukak surat,tahniah anda ditempatkan di Sek.Ren.Keb Nanga kain,tu dia,nak sebut macamana Nanga,aku sebut naga.hehe..lepas dapat surat tu sibukla duk tanya,siapa yg dapat satu sekolah ngn ku,masa ni la jumpa ngan Awie,oh dia pun dapat sama sekolah ngan aku gak.

Selepas mengambil surat posting kami diarahkan untuk menaiki bas yg disediakan untuk ke bandar Sibu dan di sana kami tinggal di hotel Kingwood selama 2@3 hari..lupa da..uiks best siap dapat mkn ngn pilot MAS lg..hehe rupanya tu hotel 5star kat sibu..terbaikla.kami dilayan oleh kpm.hehe..selepas beberapa hari bersenang lenang kat hotel,mkn,minum,tido...k bersambung lagi(tgh kalut ngn budak2)...huhu tgh menulis blog dlm kelas.ok utk paparan kali ini..inilah minah x yg aku citer dulu tu..

me n miss syiha tahun 2011

Kembar siang pandang Part 1

ok inilah citer kembang siang pandang. Pertemuan kami bermula di airport klia,pada 2hb012009. Masa tu semua geng guru semenanjung beramai-ramai dipostingkan ke srwk.huhu.kat airpot tu mcm tragedi tangis n menangis,maklumla srwk,jauh beb..huhu.aku pun nangis gak.apala malang nasibku dapt jauh..nun dihulu sana..line tel xdok..apo xdok.ok kita kembali ke pada topik asal kita,mcmna aku berjumpa dgn kembar siang pandang.Jumpa kt terowong nak masuk flite,dia tgh kalut duk berckp tel,sampai heading gua..apasal minah nih agak2 ar nk ckp tel pun..hello dah nk masuk flite ni mana bleh guna tel lg.rupanya tgh berckp ngn maknya.huhu..maknya suh lambai kut cermin.aku jenguk mn nak nampak.sbb cerminnya aler2 cermin sliding door kat umah.huhu..aler biarkan jela dorang.

aku p cr tempat aku,owh rupaya duk seat c.kat seat A dah ada orang cuma seat b xdok lagi.Tiba2 aku dengar seseorang,cik bolehx bangun jap sy nak masuk,aku dongok keatas,alamak minah ni lagi.huhu.nasib betui.

Inila 1st time aku naik flite,jadi berdebarla sangat.Muka serius,memang tak tegur pun orang sebelah.tak daknya nak berkenalan. ok time utk bekpes,stewardess datang menyorong makanan,hello miss fried meehon or egg scrambble,k la bg sy beehon goreng. org sebelah aku,amik egg scramble. Masa nak mkn urmm sedapnya beehon goreng nih,bia biasa ja,sbb lapar punya pasal tibai jela. Aku offer kat minah sebelah,nak rasa?dia cakap xnak.ok.aku terus melahap beehon..tgh syok duk sumbat dalam mulut..eeheh..nak try la..macam sedap ja..huhuhu..dlm hati td xnak,maybe dia terliur kut sbb aku mkn dengan lahapnya.hehe..amikla..aku cakap.haha..

Masa nie aku xtau pun minah tu akan satu sekolah ngan aku.Bila sampai airport  sibu,masa tu adalah pengawai ppd dr kapit sambut kami,yg aku ingat Pn Jenol n seorang lagi pengawai lelaki yg hensem,tp sampai loni aku xtau nama dia.Pada sangkaan ku diorang 2 orang ini adalah pemandu pelancong.haha...bersambung..nak tau siapa minah itu,n kawan-kawan siang pandang ku..next episod ya..mmuaah love u all.

me n minah x

Sabtu, 23 Jun 2012

Sophieparis

Teacher Sham sekarang dah ada bisnes baru. Terbaik u!!Sebelum nie pun teacher sham dah buat macam-macam bisnes.Bisnes kain,ubat n macam-macamla. Bila dah pindah duk Selangor nie, cabang bisnes makin bertambah plak.Sekarang nie dah jd dealer Sophieparis plak. Terbaikla..lagipun teacher Sham bab-bab fesyen nie memang teramat-amat suka la.
kalu nak tau lebih lanjut apa itu sophieparis bleh go to www.sophieparis.com.my .Memang terbaikla beg-beg nya semua cantik2 n murah2.

sophieparis













kalu korang semua suka beg2 yang latest n mahu dapatkan diskaun 20% bolehla join member. Macamana nak jadi member?
Senang ja..just ctct Teacher Sham at 0139490105. p/s yurn keahlian rm15 jer seumur hidup. murahkan..jom jgn lepaskan peluang nie..:)

Jumaat, 22 Jun 2012

masalah,stress,trouble..



Bila anda stress..kerut dahi..krut2
Bila anda stress..sakit kepala..adui2
Bila anda stress..jom..tido.krooh..krooh.
Bila anda stress..jom..makan.ngap..ngap
Bila anda stress..jom..g shopping.ka.ching..ka ching(bunyi duit)

Rasanya semua orang xkan lari dr mslh stress,betuix. So bergantung kpd msg2 macamna nak handle stress.mcm "teci"sham kalu stress teci sham akan
1) tido
2)pergi shopping
3)makan
4)hanging out with my frens.
5)menangis..after menangis akn rs lega.huhu

Apapun jgn diikutkn sgt dgn stress kerana stress bleh merosakkan diri. just follow the flow..dont expect things to much. :)

kartun ku,kartun mu jua

Teacher Sham punya

murid 1

murid 2

Ini adalah hasil kerja teacher sham n murid-muridnya. Siapa yg paling cun lukis kartun. Bila mengajar bebudak kecik ni,gambar byk di perlukan. Dulu teacher Sham tak pandai pun lukis,tp demi ank2 murid tersyg terpksa memandaikan diri sendiri utk melukis,biar kdg2 lukidan mcm nth apa 2 ja.

Kadang-kadang sambil duk melukis kt whiteboard,tersenyum sorang-sorang melihat lukisn yg kdg2 nth apa 2. hehe.Kenapa lukisan amat penting dlm kelas aku,sbb muridnya lagi cepat phm n dapat bygkn situasi yg kita ajarkkn pada mereka.



Khamis, 21 Jun 2012

New pic

my english mentor mr charles
Murid 2salam

Bersama murid-murid

Selasa, 17 April 2012

lain tempat lain bahasanya.

sudah 2 negeri aku berkhidmat sbagai guru. Kalau dulu aku biasa dgn bahasa iban,tapi sekarang bahasa Jawa. Bagi aku bahasa jawa ni sama gak ngn iban. mak aih kalu dorg ckp jawa. satu habuk aku xpaham. Aku plak tinggal dgn sorang makcik jawa. kalu geng2 dia dtg berkepok ckp jawa. Aku tersengih jela xpaham apa..apapun jauh perjalanan luas permandangan n pengalman. love it.

Rabu, 21 Mac 2012

Terukir di Bintang

Jika engkau minta intan permata,
tak mungkin ku mampu,
tapi sayangkan ku capai bintang di langit untuk mu,
Jika engkau minta satu dunia akan aku cubo,
ku hanya mampu menjadi milikmu pastikan kau bahagia.

Hati ini bukan lagi milikku lagi,
Seribu tahu pun akan ku nanti,
kan..kamu,

Sayangku..
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu,


                            Yuna: Terukir di bintang

Suka dengar lagu ini.Liriknya sungguh bermakna n puitis.Aku memang peminat setia Yuna..LOVE U YUNA!! All your songs are wonderful!!

Selasa, 20 Mac 2012

RATU SESAT SEDUNIA

Ratu sesat sedunia!!itulah gelaran yang aku anugerahkan untuk diriku sendiri.

Bayangkan dari Jeram, Selangor nak g UPM yang hanya mengambil masa 1 jam aku mengambil masa 3 jam untuk sampai.Kira macam nak g IPOH dah.Tapi dengan semangat yg tinggi aku akhirnya berjaya sampai jua,abis minyak abis tenaga.Sampai kadang-kadang tu, lalu satu tempat 2 3 kali.ntah apa2.

Almaklumla dah 3 tahun tak drive keta (lesen kereta pun kadang 6 bulan xrenew, sepp punya pasal).Sebb masa kat SARAWAK dulu aku ada DRIVER khas iaitu Si TONY,xpun abang Si TONY.(kalu xcaya please ask http://tauhhidblog.blogspot.com/ ).Jadi just duk kat seat belakang dorang la yg bawa ke destinasi khas iaitu bndar kapit.

Jadi bila dapat pindah ke SARAWAK ni..aku terpaksa melenguhkan kaki aku untuk menekan minyak,brek,clash n meredah kejeman di bandar kota ini.

Gambar hiasan:tapi keta aku sebijik macam ni..huhu



Aku masih setia dengan buat hati aku yang disayangi iatu si Kancil yang kecik molek.Dah 10 tahun aku setia bersamanya.Semua orang tanya bila nak tukar kereta baru..huhu..nantila dulu..sayang lagi kat si kancil ini.

Ahad, 18 Mac 2012

Best ka jadi guru??Senang ka jadi Cikgu??

 Semua orang cakap menjadi guru itu senang bukan?Masuk kelas just mengajar. Kalu mengajar budak sekolah rendah lagila senang. Hello..senang ka?try hangpa suma kat sana try jadi cikgu sekolah rendah..mengajar darjah 1, 2..tu dia..apakah yang akan anda alami....

Satu kelas ada 40 orang murid-murid. Semua bebudak nie mukanya cute-cute belaka. Bila cikgu masuk 1st time semuanya menunjukkan muka yg comel lote belaka.TAPI !!AWAS!! jangan tertipu dengan muka-muka yang comel tu..kerana kalau tidak di kawal dengan rapi muka-muka itu akan bertukar menjadi singa,monyet,harimau belang n yg sewaktu dengannya.hehehe..nanti ada mengaum macam singa,berlari-lari macam harimau belang,melompat-lompat macam monyet habis meja di panjatnya..hehe(sori yer menggunakan perumpaan macam.tetapi truly to say actually it is true.).



Jadi kita sebagai seorang guru kena pandai memainkan peranan untuk menarik perhatian budak-budak kecik ini. Mereka hanya mampu memberi perhatian apa yang kita ajar @ cakap hanya dalam 10 minit sahaja.

Kalu menggunakan Alat Bantu mengajar yang comel2..15 minit.Jadi dengan bebudak kecik ini, jangan kita yang banyak cakap tapi banyakkan aktiviti contohnya:
1)menyanyi sambil membuat action (action song)
2)Yelling (maksudnya menyebut sesuatu perkataan beramai-ramai 
    dengan kuat) .
3)Terapkan banyak permainaan dalam pembelajaran..
4)Yang penting sekali kita banyak mengaplikasikan Kinesthetic
   learning. (kalu nak tau apa itu Kinesthetic learning bleh search kat
   go0gle)

maknanya apabila kita menggunakan teknik seperti di atas bebudak akan enjoy dan tidak cepat boring. Bila diorang boring,bebudak yg cute mute ini akan bertukar menjadi so cruel n membuatkan blood pressure cikgunya meningkat dengan tinggi dan boleh menyebabkan cikgunya mula melenting..dan seterusnya cikgunya juga akan mengaum macam bapak singa..dan terus melibas belatinya.hehe(belati kat sini=rotan + pembaris).

Jadi apapun untuk menjadi seorang guru kita mesti melengkapkan diri kita dengan :

kesabaran yang teramat tinggi dalam menghadapi pelbagai kerenah bebudak
kasih sayang sebagai seorang ibu dan bapa
ikhlas untuk mendidik
amanah   dalam menjaga tugas dan kebajikan murid-murid yang diletakkan di bawah jagaan kita.


Apapun tugas seorang guru bukan setakat mengajar tetapi mendidik anak-anak kecil ini dari segi tingkah laku,pergaulan sesama manusia dan makhluk ciptaan allah dan seterusnya menjadi umat manusia yang berintelektual dan bersahsiah yg mulia.





Rabu, 14 Mac 2012

Ku sapu habuk-habuk ini

Salam n Hai everyone!!Adui banyaknya habuk kat blog aku nie..debunya dah 4 inci dah tinggi..huhu..maklumla tuannya dah lama berpindah balik ke oversea..rasanya da 5 bulan apa blog nie ditinggalkan.Sebenarnya bukan ditinggalkan tapi tuannya ini super duper busy..xsempat nak beritenet.

Tahun ini aku ditugaskan untuk:

a) Mengajar diseisi petang.
b) Mengajar English year 2 (3 classes x 40 pupils)--->dasat2
c) Volume suara terpaksa ditingkatkan ke tahap max.
d) Setiausaha Pusat Sumber (Jawatan yang tidak boleh dilepaskan semenjak dr s.k.Ng Kain.
e)Yahoooo..xpayah jadi guru kelas..wow..xpyh pening2 nak key in data budak+xyah isi buku rekod
    kehadiran bebudak(yg sememang sejak dulu kala asik isi xlengkap-->kalu xcaya please ask Miss Linda
    from S.K.Ng Kain.
f) mencari seberapa banyak income tuk menyara idop setelah gaji turun dgn merundumnya (ini salah satu sebab naper..xsempat nk beritenet). Jadi dengar muka xmalu mengofferkan diri utk jd guru kelas tambahan berbayar.haha

ok apapun lepas ini I berjanji akan sentiasa mengupdate kan blog ini..sbb blog ini pun mendapatkan kewangan gak..kalu diusahakan..hehe..ok apapun wait for my latest funny stories, new place,new pupils..