Isnin, 25 Oktober 2010

Bila letrik di padam..

Disebabkan kerajaan Malaysia sekarang mengalami masalah kekangan kewangan yang melampau, jadi bekalan tenaga eletrik di semua sekolah pendalaman sarawak terpaksa dipotong dari 24 jam kepada 12 jam sehari. Kembali ke zaman kemunduran..terpaksa hidup berlilin dan berpelita macam orang zaman-zaman dulu.huhu sedih.Catuan ini terpaksa dijalankan kerana tiada peruntukan kewangan yang banyak untuk membeli minyak. Harap maklum semua sekolah di pedalaman sarawak ni dorang xguna TNB tau dorang hanya guna generator untuk membekalkan tenaga elektrik, jadi bila guna generator terpaksa mnggunakan minyak. Jadi setiap 1 kali sebulan si Tony (tokey bot ekpress Sinar Wawasan) akan datang dengan botnya untuk membekalkan minyak ke sekolah.Bukan minyak masak tau..minyak petrol.

Jadi disebabkan fenomena ini(ceh ilmiah plak) kami semua warga S.K.Nanga Kain merangkap penduduk  dalam kawasan sekolah ini terpaksa hidup dalam kegelapan. Bekalan elektrik hanya akan di buka dari 5.30 pagi sampai kul 4 petang, 6.30 petang sampai 11 malam. Bila kul 4 petang semua warga kain akan keluar dari sarang (rumah) mereka kerana tidak tahan dek kepanasan yang melampau dalam rumah,maklumla rumah kayu..kalu siang panas, bila mlm baru sejuk.Kadang2 duk dalam umah mcm duk dalam sauna,bleh berpeluh2..tapi apapun dapat sauna free.

Jadi beginilah nasib kami sebagai seorang pendidik di kawasan hulu + pendalaman.Pelbagai cabaran terpaksa dilalui.dahla line tel xdak apa,letrik plak xdak..sekarang nie plak musim kemarau..krisis air bakal menjelma..uwaaa...harap2 tahun nie ada rezeki pindah balik semenanjung..amin..
                                         makan cucur berteman lilin..simbolik sempena ketiadaan elektrik

Ahad, 10 Oktober 2010

SELAMAT HARI LAHIR SHAM..

Semalam adalah hari lahir ku yang ke 28..wah dah nak masuk ke era 30 an dah nie..apapun sempena dengan kelahiran ku yang ke 28 nie..

sesungguhnya aku bersyukur kepada tuhan kerana..

dipanjangkan umur..
dimurahkan rezeki..
diberi kesihatan yang elok..
di berikan oleh Nya hidayah dan petunjuk kepada ku..
aku masih mampu bergerak, bercakap,melihat,ketawa, menangis dan sebagainnya..

Ahad, 3 Oktober 2010

sudah sampai masanya..

Hari ini Ahad.Ini bermakna sekejap lagi pada pukul 11.00 pagi aku akan menaiki bot. Ini bermakna pada pukul 1.00tghari nanti aku sudah berada di sekolah. Ada beberapa jam lagi line tel aku boleh dihubungi..selepas ini tiada lagi sms,tiada lagi deringan tel, tiada lagi wifi, tiada lagi facebook, tiada lagi chatting..bila sampai sekolah hanya ada tv dan astro saja..huhu terasa berat hati nak masuk sekolah. Tapi apakan daya kerana amanah pada tanggungjawab yang diberi..dengan rela hati aku pasrah.

Sudah sampai masanya aku kembali bertemu dengan anak-anak didikku, serasanya sudah sebulan tidak berjumpa mereka.yela dari cuti raya lagi, abis cuti raya aku plak ada kursus dekat Kapit. Sebenarnya aku sudah tidak sabar untuk mengajar balik..sudah jemu bercuti..hehe..sudah lama tidak mark buku kerja, membebel dekat murid2 dan yang sewaktu dengannya..

Apapun sudah sampai masanya untuk aku mengucapkan Selamat tinggal dunia blogging..Kalau ada masa jumpa lagi... bye,bye

Sabtu, 2 Oktober 2010

Andai ku...

Andaiku..
Bisa mengundurkan masa..
akan ku ubah semuanya..
tapi apakan daya setiap benda yang berlaku
sudah di takdirkan..

Jumaat, 1 Oktober 2010

SELAMAT PAGI SHAM.

semoga hari ini hari...

yang menceriakan..
segala urusan berjalan dengan lancar
kesihatan aku sentiasa berada dalam keadaan yang elok2
dimurahkan rezeki
sentiasa berada di dalam iman..
amim..