Ahad, 28 Mac 2010

Minggu pancit!!!

Selepas cuti sekolah 1 minggu..Penghuni-penghuni S.K,Ng Kain kembali ke sarang tercinta mereka.(Hehe patutkah guna "sarang").Minggu nie memang minggu yang memenatkan,banyak kerja yang perlu disiapkan.Terutamanya RPH(rancangan Pelajaran harian),worksheet untuk budak-budak,mark homework yang diberi sebelum cuti.Adui pening kepala aku.

Hari Isnin sekolah bermula, muka-muka budak nampak xbermaya ja..masih dalam mood cuti, cikgu pun tidak bermaya gak(hehe tetapi terpaksa control..pura-pura tunjuk muka bersemangat). Ok pagi nie..kul 8.30 sampai kul 9.30 am,aku mengajar matematik tahun 2. masuk kelas jer aku menunjukkan muka "ketat" aku,bagi budak takut skit. Selamat pagi cikgu!!,Selamat pagi,duduk.jawab ku. Ok macamana kerja rumah, dah siap!!tanya ku dengan lantang.Dah siap!!!jawab murid2ku.Ok bagus..kalu xsiap memang kena rotan lerr,,ngn aku..hehe(nasibla dorang dapat cikgu matematik yang kijam nih)hikhik.1000-1100 am matematik tahun 4(seisi mengutip kerja umah--situasi sama dengan kelas tahun 2--saper xsiap kena rotan).

Hari selasa tengah syok ajar budak (Kemahiran Hidup Tahun 4) tiba-tiba cikgu Semang datang bagi Jadual kelas ganti.(adui ader kelas gantian petang rabu + khamis),ganti sempena Hari Good Friday dan easter day..Aku pergi library,tengok buku bersepah plak..isk budak-budak2 nie orang dah cakap habis baca buku letak kat dalam tray yang disediakan tapi..gatai nak pergi gak susun dekat rak buku,kalu susun elok xpala..tp susun mcm hidup segan mati tak mau.ee...selaku guru library terpaksala aku memastikan keadaan library dlm keadaan yang elok.Mlm ni ada meeting plak..adui..pancit-pancit

Hari Rabu Kelas aku kul 7.00am until 12 am,non stop.Bis kul 12, balik umah terus tidur.Kul 2.30 bangun,solat berkejar ke kelas plak sampai kul 4.30. Dahla petang ni kelas gantian dekat darjah 1,adui aku dah pening nak ajar apa dorang nie.last2 aku suh dorang buat lukisan nombor,aku nak ajar dorang pun tengok muka masing-masing dah mandom jer..kalu ajar pun mesti xmasuk apa nie.Bis kelas aku balik umah.Malam 2 tido awal.sok kelas kul 7 plak.

Hari Khamis,mcm biasa kelas aku kul 8am-11am,petang kelas gantian 2.30-4.30.Petang nie aku ngajar  dak darjah 2 dan 4 (matematik). Untuk darjah dua seperti darjah 1 semalam aku suh dorang melukis,lukisan menggunakan crayon,dorang mmg excited buat nie..terutamanya windy ayom dalam masa setengah jam dia bleh siapkan 2 lukisan.cantik dia cat. N then loceng berbunyi..dah kul 3.30,masa untuk darjah 4,aku masuk suh dorang siapkan kerja yang aku bagi pagi tadi,aku balik umah jap minum air.Mesti korang suma pelik naperla aku sempat balik umah sambil2 mengajar,well umah aku dekat jer dengan kelas,jalan xsampai 10 kaki dah sampai umah.Hehe..jd dari beranda umah aku,aku dapat tgk budak buat apa kat kelas..hehe best umah dekat kelas,jimat tenaga,jimat masa. tapi yang xbest selalu bunyi budak buat bising tengah2ari,xyok nak tido.

ok hari Jumaat kelas bis kul 11.30. Bis kelas terus balik pack barang turun pasar.APAI(Pak Guard) dah duk panggil2 kat bawah umah,suh cepat takut ditinggal dengan bot ekspress. Bilik bersepah-sepah x sempat nak kemas.Adui minngu nie mmg xsempat nak rest pun.Bekejar kesitu sini dan sekarang aku ada dekat pasar(Pekan Kapit) stay otel sambil mengedit blog. hehe..Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan