Ahad, 22 Mei 2011

Selamat Hari Guru..(16 mei)

Tahun ini adalah tahun ketiga aku bergelar seorang guru.Maknanya dah 3 kali aku menyambut hari guru.Tahun nie, dekat sekolahku Hari Guru disambut lepas cuti sekolah pertengahan penggal. Maklumla jadual pack sangat jadi terpaksa di tangguhkan.Tengok betapa komitednya guru-guru di S.K.Ng Kain nie..(hehe puji diri sendiri).

Tahukah anda semua.Menjadi seorang guru di sekolah, tugasnya bukan setakat mengajar sahaja tetapi juga mendidik. Dulu-dulu aku selalu teringat kata-kata atuk aku, bila orang tanya "Anak Haji Pa kijo gapo?",Atuk hanya menjawab "Anak ambo ngasuh budak-budak jah".Hehe 2 ja jawapannya.Al-maklumla semua anak-anaknya cikgu belaka.Tapi betul juga jawapan tuk aku 2. Jawapan tersirat la 2.Maknanya tugas cikgu 2 bukan setakat mengajar macamana nak membaca menulis mengira semua tetapi mengasuh @ mendidik mereka bagaimana untuk bertingkahlaku dengan baik dan bersosial dengan org-org disekeliling mereka.

Jadi tugas cikgu itu bukan senang.Ramai orang berpendapat kerja cikgu senang.Kerja setengah hari sahaja, banyak cuti.Setakat mengajar ja semua orang boleh buat.Lebih-lebih lagi kalau ajar sekolah rendah.Lagila senang. Dulu sebelum aku jadi cikgu aku pun cakap macam 2 gak.Tetapi bila dah masuk jadi cikgu..fuh memang mencabar gakla.Lebih-lebih lagi mengajar dekat pendalaman.Lain bangsa, lain agama lain bahasa.

Ini adalah tahun ke-2 aku mengajar matematik bagi kelas tahun 1.Bayangkan betapa susahnya nak bagi budak mengenal nombor 1 hingga 10.itu baru mengenal nombor.Bukan lagi nilai nombor .Sebelum aku jadi cikgu aku pernah jadi pensyarah sekejap di sebuah kolej swasta.Di mana aku rasa mengajar subjek fizik tuk budak diploma lagi senang daripada mengajar budak darjah 1.Kadang-kadang aku rasa mcm frust sorang diri, rasa macam nak terjun sungai ja, bila tunjuk no.2 diorang cakap nombor 4.aduis tensenya.Sampaikan xdak cara lain.aku suruh diorang baca berulang kali sampai kenal.Macam baca alif, ba, ta plak.Hehe.

Ok itu bab mengenal nombor.Seterusnya bab menambah dan menolak nombor.Uiks haru-haru.Kebanyakan murid-murid bila bab tambah dorang pandai.Tapi bila masuk bab tolak terus confius.Haru-haru.Jenuh plak aku suh dorang g kutip batu kat bawah rumah aku.Buat jadi alat pengira.Tapi alhamdulilah sekarang nie daripada 15 org murid ku, hanya sorang ja lagi yg xberapa nak kenal nombor iaitu calvin.adui kena tingkatkan usaha lagi nie.Tapi apapun bila melihat anak-anak murid kita mampu mengenal nombor membuat pengiraan spt (2 + 1) dsbg.Kira itu dah satu kejayaan besar buat aku.yipee..akhirnya anak murid ku yg tidak tau apa2 sudah pandai mengira.

Ok itula serba sedikit kisah pengalamanku menjadi cikgu.Itu blom lagi diceritakan pengalaman aku mengajar matematik untuk tahun 2, 3 dan 4.yg itu lagi dasat.Nnt akan diceritakan.khas untuk guru-guru matematik shaja.hehe.

Ok apapun, aku ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru yang pernah mengajar aku.Jasa kalian semua tidak mampu aku balas.Hanya mampu ku hadiahi sebuah doa "Ya allah ya tuhanku, jauhilah guru-guru ku dari kesusahan dalam kehidupan, berikan mereka kehidupan yang bahagia di dunia dan juga akhirat.Amin".

                                          Selamat Hari Guru untuk diriku sendiri :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan