Isnin, 3 Oktober 2011

Cikgu?kenapa muka cikgu naik jerawat?

Hari pertama di sekolah baru. Itu adalah soalan di antara soalan yang biasa dituju kat aku.Hahaha..Bebudak ni pun macam xdak soalan lain nak tanya.Jerawat nie pun satu..time2 aku datang sekolah baru mesti dia naik sebiji. Jerawat tensenla katakanlah..gamaknya nanti pindah sekolah lain,jerawat yang sama akan tumbuh dan sekali lagi aku akan ditanya soalan yang sama oleh bebudak hingusan itu.hahaha(sori yer bebudak kecik.cikgu panggil kamu semua budak hingusan..hahaha).


Hendak tau apa jawapan aku untuk tuk bebudak tue? “well cikgu tak tahanla cuaca kat sini panas sebab tu la cikgu naik jerawat (dengan suara mengada2 gitu)hehehe.Bila ngn bebudak hingusan nie..kadang2 seronok..sebab dorang suka tanya macam-macam soalan yang kita xterpikir pun.

Scene 1

Cikgu..Cikgu asal Kelantan kan?

Cikgu mesti kenal Mohd Shahir?(budak kecik puan darjah 2 tanya nie)

Kenapa?Boyfriend kamu ka?tanyaku.(isk budak nie tanya soalan mcm si Mohd Shahir 2 ada seorang ja kat Kelantan tue, kalula Mohd shahir 2 seglamer Khairul Fahmi,4 sure la aku kenal)

Xdaklah cikgu dia Pakwe kakak kita. (mak aih..aku terus gelak dalam hati.mcm2)



Scene 2

Cikgu!!cikgu cakap macam orang Kelantan la.

Aish kamu nie..dah memang cikgu orang Kelantan,mestila slang cikgu ada bunyi Kelantan.

(Hempuk gak bebudak nie,bukan ker dah ckp masa introduction session semlm yang aku asal dr Kelantan)



Scene 3

Waktu solat.

Cikgu kita nak pergi solat.

Hah pergila..

Cikgu!!kita Nampak Adam,Haikal panjat grill kat bawah tue diorang duk tengok orang PJ.

Hah!pergi panggil dorang.

Adam,Haikal,tadi kamu minta ngn cikgu nak g solat tadikan?
A’ah cikgu.


Cikgu benarkan kamu pergi solat saja kan? Ada cikgu cakap,Adam n Haikal lepas solat pergi panjat grill dan tengok orang main PJ.Ada??tanyaku. Tak ada cikgu!!Jawab Haikal dan Adam.

Jadi sekarang salah siapa?

Salah cikgu ka Kamu?

Salah kami.

Jadi cikgu berhak untuk hukum kamu la kan?

Yer cikgu.

Pa lagi merasa ketam la kat paha..hehehe..bebudak kecik paling takut ngn ketam.

(Scene ini semua berlaku dalam kelas darjah 2 Naim di sek.Dato Maharaja Lela.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan