Khamis, 18 Mac 2010

Keputusan pertandingan kelas (FEBRUARI)

Keputusan kelas terbersih dan tercantik telah diumumkan oleh Cikgu Jesion.Hehe kelas aku naik 1 tangga saja. Dari nombor incik (tempat last) naik ketempat ke-tiga.Aduh berbaloi gak aku buat ABM(alat bantu mengajar)banyak-banyak kat kelas. Tapi aku xmampu lagi nak challenge kelas tahun 2 dan tahun 3. Betui2 kaw diorang punya kelas.Korang tengokla sendiri kelas dorang macamana. Tempat Kedua kelas tahun 2 dan juara bertahan tahun 3.
kelas Tahun 3
korang tengok sendirila macamana Cikgu Ridzuan menghias kelasnya. Fuh macam bilik pengantin. Manakala menurut Cikgu Tauhid kelas ni macam Pelamin orang nak kawin.Menurut Cikgu Zairy plak..kelas nie macam rumah urut (ceh kurang asam Zairy).Bermacam-macam pandanganla yang telah dibuat oleh orang-orang yang melihat kelas nie.So apa pandangan anda semua mengenai kelas nie. Aku yang pompuan nie pun xpernah terpikir nak hias kelas sampai macam nie..isk isk malu..kalah dengan cikgu laki.



ok ini kelas Tahun 2 Tempat ke-2. nie kelas cikgu Norhaniza..cantik dia hias..
Kelas Tahun 2

Bertemakan warna unggu. Fuh memang cantik. Macam dekat taman bunga jer. Tapi yang menaik seri kelas nie, bunga-bunga kat atas papan hitam 2..Cantikkan..korang nampakx..naper meja 2 disusun xsama. gara-gara aku la 2..cikgu kelas dah susun elok2 3 meja 1 baris..tapi disebabkan aku hangin ngan Macolin,Joshua n Micheal..aku suruh dorang bawa meja dorang kedepan..duduk depan. Tempat dorang kat belakang,tapi disebabkan ms aku mengajar dorang duk main kat belakang aku suh la tue gak datang bawa meja ke depan.Aku mengajar dorang Math.



Kelas Tahun 1 (Cikgu Norsham)..hehe kelas aku.
Tahun 1

korang sendiri tengokla kelas yang dapat tempat ke-3 ni.Masih di takuk lama..xberubah-ubah dari bulan Januari hari itu lagi. Maklumla guru kelasnya busy sangat-sangat(hikhik..alasan semata-mata, orang lain pun busy tapi cantik gak kelas dorang). Tengok penyapu ada lagi kat meja.Lepas result kelas terbersih diumumkan aku terus pergi ke kelas. Mak oih sampah berterabur lagi..pa lagi sambil bercekak pinggang ala-ala ibu mertuaku dalam citer P-Ramlee."Saper bertugas hari nie tanya ku",(ceh aku tanya macam budak nie pandai baca jadual tugas yang aku letak kat notis board 2,hehe,apadaa..punya cikgu..buat budak darjah 1 mcm darjah 6)."ok hari nie Silviana dan Libah,tukang menyapu"..aku bagitau kat dorang.Ok yang lain beratur kat luar kelas.ala-ala ibu tiri memberi arahan..Sebelum ni cikgu dah cakap jangan buang sampah kat meja kamu buat gak n..bla.bla..aku membebel.ntah paham ntah tidak bebudak nie.Ok kamu nak cikgu denda apa kat kamu nie sebab kelas kotor?tanyaku."Cikgu jalan itik"cadang Gomis dengan muka tersengih-sengihnya.Ok hari nie jalan itik.Ok semua beratur..buat 1 barisan.Bebudak nie semuanya excited nak jalan itik sebab dorang tak pernah jalan itik.Korang rasa la macamana jalan itik ni..hikhik kataku dalam hati.Ok jalan sekarang.Macamana,bestx jalan itik..tak best cikgu..sakit kaki..jawab Dominic.Hah tau padan muka kamu nak sangat jalan itik.Ok cikgu nak kamu berjanji,lepas ni jangan buang sampah merata lagi..PAHAM??!!PAHAM!!Cikgu.BAGUS..Masuk kelas..begitulah alkisahnya..hehe

4 ulasan:

  1. lawakz! lawakz! kelezzz gitu blogpost dik non nih...boleh buat novelette la. hahahaha..... ada sikit2 kecek kelate dlm blogpost tu...yang buat mahal tu....

    BalasPadam
  2. Sis, takkan promo gambar kelas je, inteprem la gambor cekgunyer sekali!!!

    BalasPadam
  3. hehe..dik Riz..kak mu ni letak doh pic dekat entry pertandingan kelas tercantik Januari..smart gitu..

    BalasPadam