Isnin, 25 Oktober 2010

Bila letrik di padam..

Disebabkan kerajaan Malaysia sekarang mengalami masalah kekangan kewangan yang melampau, jadi bekalan tenaga eletrik di semua sekolah pendalaman sarawak terpaksa dipotong dari 24 jam kepada 12 jam sehari. Kembali ke zaman kemunduran..terpaksa hidup berlilin dan berpelita macam orang zaman-zaman dulu.huhu sedih.Catuan ini terpaksa dijalankan kerana tiada peruntukan kewangan yang banyak untuk membeli minyak. Harap maklum semua sekolah di pedalaman sarawak ni dorang xguna TNB tau dorang hanya guna generator untuk membekalkan tenaga elektrik, jadi bila guna generator terpaksa mnggunakan minyak. Jadi setiap 1 kali sebulan si Tony (tokey bot ekpress Sinar Wawasan) akan datang dengan botnya untuk membekalkan minyak ke sekolah.Bukan minyak masak tau..minyak petrol.

Jadi disebabkan fenomena ini(ceh ilmiah plak) kami semua warga S.K.Nanga Kain merangkap penduduk  dalam kawasan sekolah ini terpaksa hidup dalam kegelapan. Bekalan elektrik hanya akan di buka dari 5.30 pagi sampai kul 4 petang, 6.30 petang sampai 11 malam. Bila kul 4 petang semua warga kain akan keluar dari sarang (rumah) mereka kerana tidak tahan dek kepanasan yang melampau dalam rumah,maklumla rumah kayu..kalu siang panas, bila mlm baru sejuk.Kadang2 duk dalam umah mcm duk dalam sauna,bleh berpeluh2..tapi apapun dapat sauna free.

Jadi beginilah nasib kami sebagai seorang pendidik di kawasan hulu + pendalaman.Pelbagai cabaran terpaksa dilalui.dahla line tel xdak apa,letrik plak xdak..sekarang nie plak musim kemarau..krisis air bakal menjelma..uwaaa...harap2 tahun nie ada rezeki pindah balik semenanjung..amin..
                                         makan cucur berteman lilin..simbolik sempena ketiadaan elektrik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan