Ahad, 3 Oktober 2010

sudah sampai masanya..

Hari ini Ahad.Ini bermakna sekejap lagi pada pukul 11.00 pagi aku akan menaiki bot. Ini bermakna pada pukul 1.00tghari nanti aku sudah berada di sekolah. Ada beberapa jam lagi line tel aku boleh dihubungi..selepas ini tiada lagi sms,tiada lagi deringan tel, tiada lagi wifi, tiada lagi facebook, tiada lagi chatting..bila sampai sekolah hanya ada tv dan astro saja..huhu terasa berat hati nak masuk sekolah. Tapi apakan daya kerana amanah pada tanggungjawab yang diberi..dengan rela hati aku pasrah.

Sudah sampai masanya aku kembali bertemu dengan anak-anak didikku, serasanya sudah sebulan tidak berjumpa mereka.yela dari cuti raya lagi, abis cuti raya aku plak ada kursus dekat Kapit. Sebenarnya aku sudah tidak sabar untuk mengajar balik..sudah jemu bercuti..hehe..sudah lama tidak mark buku kerja, membebel dekat murid2 dan yang sewaktu dengannya..

Apapun sudah sampai masanya untuk aku mengucapkan Selamat tinggal dunia blogging..Kalau ada masa jumpa lagi... bye,bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan