Jumaat, 11 Februari 2011

Lepas banjir kemarau plakkk..aduyai..


bulan 1 banjir..masuk bulan 2 kemarau plak..sekarang ni air mcm chipsmore sekejap ada..sekejap xdak.Kalu pagi2 nak g sekolah..nak mandi bukak pili air..adui air 1 titik pun xdak.terpaksa punggah air kat luar umah.Tengokla pagi2 buta dah kena angkat berat..isk hilang keayuan dan kelembutanku..hehe.




simbolik selipar jepun yang berlumpur dengan tangga berkayu+ baldi merah..adalah di antara peralatan yang digunakan untuk mengangkut air.


 tengok..sungai memang cetek.sampaikan perahu biru 2 siap tersadar atas tanah lagi.
ambil gambar dari sudut dapur..malas nak turun ke bawah..
Rumah inilah jadi tumpuan kami serumah jikalau air dekat pili tangga bawah 2 xdak air gak.jarak rumah nie dari rumah kami kira-kira 100 meter gak.nak pergi rumah nie terpaksa melalui 1 jambatan kayu.Tapi sori sangat-sangat sbb xsempat nak snap gambar jambatan 2.
ini adalah bilik mandi asrama budak lelaki.Biasanya bilik air nie jadi tempat aku basuh baju..xlarat nak mengangkut kain pergi ke rumah yang ke atas, sbb jauh sangat nak mengangkut kain.

Jadi apapun..inilah pengalaman yang terpaksa kami lalui sepanjang berkhidmat di S.K.Ng Kain.Jadi banjir ka kemarau ka kami dah xheran.Kalu masa-masa datang dulu tensen gak, tapi sekarang dah xkisah.

1 ulasan: