Sabtu, 18 Jun 2011

Kek gula hangus perisa(aka karamel telur) kopi yg simple n nyummy

Hari jumaat semalam kelas habis awal.Hari jumaat aku hanya ada 1 kelas shj.Jadi lepas pukul 10 am aku dah boleh balik umah, masak nasi makan dan tido.Pukul 1 pm aku terjaga. Tiba-tiba terasa nak makan kuih manis2..stok biskut banyak.Tapi xnaklah mkn mende keras, nak makan mende yg lembut2 berkrim gitu.Tengok dalam beg bahai aku ada susu cair, telur pun ada banyak biji lagi jadi buat karamel telur jela.Aku ke dapur pecahkan 5 biji telur, kacau sampai berbuih kemudian letak coffee 3 in 1,dan letak gula skit,kacau2..tambah susu cair 1 tin.xsampai setengah jam prepare,kukus selama 15 minit dah boleh makan.senang je.hehe.


yummy..
Ini sahaja bahan-bahan yang diperlukan simple je kan. :)
Resepi:


5 biji telur ayam
1 tin susu cair.
1/2 cawan gula.
1peket coffee 3 in 1 instant.

Bahan Gula hangus.
1/2 cawan gula.

Cara-cara.
1) Sila buat gula hangus dulu yer. Letak gula dalam kuali panaskan dia sampai cair.Kemudian bila dah cair
    tuangkan gula hangus 2 dalam loyang kukus.Ratakan dia.Biarkan dia sejuk n mengeras di dalam loyang 2.
2)Kemudian barula kita buat karamelnya.Masukkan 5 biji telur,kacau sampai dia putih, kemudian masukkan
    gula,kacau lagi, kemudia masukkan coffee instant.Kacau sehingga sebati.
3)Curahkan adunan di atas di dalam loyang yang ada gula hangus tadi.Kemudian kukus di antara 15-20
   minit.
4) Apbila sudah masak sejukkan dulu.Barula diletakkan di dalam pinggan kek.Sila terbalikkan kek itu
     dengan hati-hati yer..takut pecah sbb dia lembut.
5)Kalu nak sedap lagi simpan dalam peti ais semalamam.Makan sejuk2 best tau.Nyum2..

Apapun ini adalah cara masakan bagi org2 yg xcukup bahan.hehe.Main tangkap muat ja bahan apa yang ada kat dapur 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan