Isnin, 18 Julai 2011

Kursus ko datang lagi.

Setiap tahun kalu dah nak akhir2 tahun mcm ni maka menjelma la pelbagai kursus.Ok untuk 1 bulan nie, bermulala kursus KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) bagi tahun 2 untuk semua subjek teras dan elektif. Maka guru-guru tahun 1 akan berkampung la dekat pasar Kapit nie. Manakala murid-murid tahun 1 di sekolah sibuk duk menyanyi lagu..Jika anda rasa gembira...al maklumla guru2nya seminggu tidak masuk kelas. Ku tau la perangai anak-anak murid ku itu.

Dulu masa mula-mula posting aku suka datang kursus. Kenapa yer?
1) Dapat keluar dari sekolah.Almaklumla sekolah aku itu tidak ada line tel, tenet, jadi bila dapat kursus kat
    pekan kapit nie, mmg teruja sangat-sangat.
2)Masa 2 tahun lepas, kalu datang kursus dapat claim tau. Sekali datang kursus dapat claim RM200-
   RM300. Wow masyuk 2.

3) Masa nie sebab fresh teacher, jadi banyakla ilmu yang hendak belajar,jadi melalui kursus ni dapatla
    menimba ilmu + pengalaman dari guru-guru lama.
4) Dapat berkenalan dengan guru-guru dari sekolah lain. Kira menambah kenalan la gitu.

Tapi sekarang bila dah 3 tahun jadi cikgu nie, minat untuk pergi ke kursus itu dah makin berkurang. Kenapa yer?

1) Sebabnya kadang2 tajuk kursus itu adalah kesinambungan daripada kursus yang telah di hadiri sebelum
    cuma di upgrade skit jela. Biasala kat sekolah aku tangkap tender mengajar tahun 1 dan 2. Tahun ini dah
     tahun kedua aku mengajar tahun 1 dan 2. Jadi kadang2 tu boring gakla kalu datang kursus asyik buat rph
     (rancangan pengajaran harian). Aku pernah demam gara2 kursus selama 4 hari berturut2, siang mlm ada
     bengkel.Sampai muntah2.Terpaksa skip 1 nite bengkel. hehehe..tengok sampai muntah aku kursus.

2) Sekarang nie tidak dapat nak claim da. Hotel semua terpaksa di tanggung sendiri. Waduh gawat nie sih.
    Sebenarnya aku dapat 3 kursus tau.Jadi maknanya 3 minggu berturut2 aku kena stay hotel. Jadi macam
     biasala aku meminta ehsan / belas kasihan daripada PK 1 untuk mengurangkan kursus ku ini. Terpaksa
     gak g melobi cikgu Tohit untuk mengambil kursus pembinaan Portal web sekolah, mujurla c.tohit
     berminat.Hehe.Terima kasih yer dan juga terima kasih buat cikgu Semanag sebab sanggup mengambil
      Kursus Kssr Moral.hehe.Jadi aku hanya attend kursus kssr matematik ja.Hehe.Okla 2 ilmu yang ada kita
      kongsi ramai2 jangan makan sorang2.Hahaha yela 2..padahal nak berjimat (merujuk kepada diriku
      sendiri la 2)

3) Boring..Kalu datang kursus terpaksa memerap dalam bilik seminar, selepas itu balik hotel memerap dalam
    bilik hotel plak. Lama2 perap rasanya bleh jadi ikan pekasam kut.hehe. Kalu dekat sekolah petang-
    petang at least bleh melepak atau main badminton ngn gengsi2 Ng Kain. At least kuar gak peluh.Baru
    badan cergas.

Ok itu sj..tetiba rasa lenguh dah tangan nie..duk menaip.K.Nak tido dah..sok nak kena bangun pagi nak g kursus plak.Hehe.G.nite..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan