Khamis, 28 Julai 2011

Tragedi mengejar bot ekspres

Hari ini hari khamis.Hari ini kami dapat keluar, sebab esok hari jumaat kami cuti berganti.Jadi mcm biasa ada separuh dari kami akan mencarter perahu.Dapat cepat sampai pasar kapit.Manakala aku mcm biasa penumpang setia bot ekpress.Almaklumla murah, byr tambang RM10 ja terus sampai Pasar Kapit. Kalu naik perahu tambang RM30 +tambang van RM5=RM35. Wow mmg berbeza kan.Hehe..jimat punya pasal

Hari Rabu
Masa tengah lepak kat office. Saja kacau auntie Roselind n Kak Linda buat kerja kat office. Auntie tanya, "Sham esok ngko naik perahu ka bot ekpress?''. "Naper auntie? Saya naik bot ekpress", jawabku. "Esok kita naik bot ekpress kul 11.30 am la, dorang cakap ada bot masa 2"cakap Auntie. Biasanya bot ekpress yg kitaorg naik selalunya puku 1.30 tengahari.Jadi kalu nak sampai Pasar Kapit mahu kul 3.00pm sampai.Lagi 1 kalu naik bot kul 1.30tengahari,mmg jawabnya kena berpanas duduk atas bumbung botla.Sbb time2 tengahari ramai cikgu hulu-hulu kuar."ok,auntie set sok kita turun awal,mana tau ada bot kul 11.30am 2",jawab ku.

Hari Khamis (Hari inila)

Kelas abis kul 10 am.Semua guru-guru bergegas balik rumah, untuk mengemas beg,baju.Budak dah selamat balik.Amboi cepat betui budak2 nie kalu balik.Aler sedak dier ngata budak,cikgu pun sama naik ngn budak,kul 10.00 masing2 dah lesap.hehe.Cikgu2 n staff yang naik perahu selamat dah meneruskan perjalanan mereka ke Pasar Kapit. Manakala Aku, Syiha n Auntie Roselind + Duncan (anak auntie) masih setia di sekolah.Aku mcm biasa dah janji ngn auntie kul 11.30 nak trun ke nanga.Jadi masih ada masa 1jam nak mengemas beg + buat nasi goreng.Buat alas perut sementara nak sampai Pasar Kapit.

Pukul 10.30 am aku terdengar suara Auntie kat bawah rumahku. Aku jengah ke luar "Auntie dah nak pergi ke Nanga ka?" tanyaku. "Tak dakla sham, sj tunggu bwh nie, boring duk kat umah"jawab auntie."Ok,nnti nak pergi, cakap kat saya yer",,cakapku. Aku ngn syiha duk layan rancangan Saffiya.Best gak.hehe.

Pukul 11.00 am.Aku jengah ke luar, "auntie xnak pergi lagi ka nie, dah kul 11 dah ni, nnt 11.30 bot datang", tanyaku."Ntahla Sham apai Jimmy cakap hari ini xdak bot awal kul 11.30 am, sbb semalam bot 2 dah ada",cakap Auntie. "o,yeke auntie xpala kita turun kul 12.00pm la kita naik bot yg kul 1.00 pm plak, jomla Auntie lepak kat dalam umah kami dulu, sambil-sambil layan tv", cakapku.

Maka kami berlima pun syokla duk layang channel Bintang, channel baru kat Astro. Tengah syok duk layan citer apa ntah, tiba2 kami terdengar bunyi hon bot ekpress.Masa 2 kul 11.45 am, apalagi kami melompat bangun, terkocoh keluar, alamak adala bot ekpress.Apai Jimmy kat bawah umah terus panggil kami, jadi kami berkejar turun sampai nak naik perahu kami lompat ja.Kalu sebelum nie nak naik perahu, mau menjerit apa dulu.Tapi hari ini kami lompat ja xpikir perahu terbalik apa dah.Hua.hua.Air plak cetek, Apai jimmy memecut perahu bagai mat rempit.Hehe..alamak kami nampak bot 2 dah bergerak nak pergi da..apalagi kami menjerit2 melambai dari perahu.Apai Jimmy terus memecut mengejar bot 2..alamak apasal bot nie xberhenti gak,sampaikan mak2 yang ada kat nanga 2 pun tolong menjerit memanggil bot untuk kami.Akhirnya bot tue berhenti gak.Alhamdullilah selamat gak naik bot.tetiba Auntie.."Apuuu..handbag aku tertinggal," jerit Auntie.Kecoh plak dalam bot 2, Auntie minta jasa baik driver bot 2 tuk patah balik nak amik handbag.Mujurla Auntie Roselind nie bajik orgnya.Nak tau bajik 2 aper..cantik..hehe.Maka driver 2 cayakla ngn pujuk rayu auntie..dia pun patah balik.haha.Jadi kami pun patah balik.sampai jer Nanga Kain, si Duncan anak Auntie turun bot pah2 minta tolong indai menara ata ke sekolah balik.Akhirnya Auntie selamat mendapat kembali handbagnye.

Bila dah settle suma, kami duduk dalam bot 2 sampai duk tergelak2 ngn makcik2 kat dalam bot 2.haha.Macam2 hal.Jadi akhirnya kami berjaya menaiki bot pukul 11.30am, maknanya kami sampai awal la Kapit..yahooo...best.Xperlu duduk berpanas atas bumbung bot,wow nyamai sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan