Ahad, 18 Mac 2012

Best ka jadi guru??Senang ka jadi Cikgu??

 Semua orang cakap menjadi guru itu senang bukan?Masuk kelas just mengajar. Kalu mengajar budak sekolah rendah lagila senang. Hello..senang ka?try hangpa suma kat sana try jadi cikgu sekolah rendah..mengajar darjah 1, 2..tu dia..apakah yang akan anda alami....

Satu kelas ada 40 orang murid-murid. Semua bebudak nie mukanya cute-cute belaka. Bila cikgu masuk 1st time semuanya menunjukkan muka yg comel lote belaka.TAPI !!AWAS!! jangan tertipu dengan muka-muka yang comel tu..kerana kalau tidak di kawal dengan rapi muka-muka itu akan bertukar menjadi singa,monyet,harimau belang n yg sewaktu dengannya.hehehe..nanti ada mengaum macam singa,berlari-lari macam harimau belang,melompat-lompat macam monyet habis meja di panjatnya..hehe(sori yer menggunakan perumpaan macam.tetapi truly to say actually it is true.).



Jadi kita sebagai seorang guru kena pandai memainkan peranan untuk menarik perhatian budak-budak kecik ini. Mereka hanya mampu memberi perhatian apa yang kita ajar @ cakap hanya dalam 10 minit sahaja.

Kalu menggunakan Alat Bantu mengajar yang comel2..15 minit.Jadi dengan bebudak kecik ini, jangan kita yang banyak cakap tapi banyakkan aktiviti contohnya:
1)menyanyi sambil membuat action (action song)
2)Yelling (maksudnya menyebut sesuatu perkataan beramai-ramai 
    dengan kuat) .
3)Terapkan banyak permainaan dalam pembelajaran..
4)Yang penting sekali kita banyak mengaplikasikan Kinesthetic
   learning. (kalu nak tau apa itu Kinesthetic learning bleh search kat
   go0gle)

maknanya apabila kita menggunakan teknik seperti di atas bebudak akan enjoy dan tidak cepat boring. Bila diorang boring,bebudak yg cute mute ini akan bertukar menjadi so cruel n membuatkan blood pressure cikgunya meningkat dengan tinggi dan boleh menyebabkan cikgunya mula melenting..dan seterusnya cikgunya juga akan mengaum macam bapak singa..dan terus melibas belatinya.hehe(belati kat sini=rotan + pembaris).

Jadi apapun untuk menjadi seorang guru kita mesti melengkapkan diri kita dengan :

kesabaran yang teramat tinggi dalam menghadapi pelbagai kerenah bebudak
kasih sayang sebagai seorang ibu dan bapa
ikhlas untuk mendidik
amanah   dalam menjaga tugas dan kebajikan murid-murid yang diletakkan di bawah jagaan kita.


Apapun tugas seorang guru bukan setakat mengajar tetapi mendidik anak-anak kecil ini dari segi tingkah laku,pergaulan sesama manusia dan makhluk ciptaan allah dan seterusnya menjadi umat manusia yang berintelektual dan bersahsiah yg mulia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan