Isnin, 27 September 2010

Setelah 6 bulan...

Setelah 6 bulan,
aku menjenguk kembali blog kesygnku nie..
aduh sedih kulihat..
begitu gersang tanpa belaian coretan kata2 ku..
maafkanla aku wahai blog nemukucikgu..
aku terlampau sibuk mendidik anak2 bangsa..

setelah 6 bulan..
banyak benda yang telah berubah..
masa berlalu dengan begitu pantas..
serasa baru sekejap aku berbakti di negeri kenyalang ini..
upanya sudah 2 tahun aku berbakti di sini..

setelah 6 bulan...
anak2 linus aku dari kosong..
telah mengenal nombor dan mampu  membilang..
dari budak hingusan menjadi seorang yg berani dan bijak..
mama rindu kamu semua..

setelah 6 bulan..
aku mampu pulang kekampungku
bertemu dengan ibu kesygnku dan ayah yang dikasihi
bergelak ketawa dengan adik2 ku..
sesungguhnya aku merindui mereka semua..


ya allah ya tuhanku,
sesungguhnya aku bersyukur...
kerana diberi rezeki yang murah..
kesihatan yang bagus..
alhamdullilah...

Selasa, 15 Jun 2010

ARGGGHHH..Cuti Sek Dah Nak Bis daa..Bosan!!

Bila cuti sekolah dah sampai stesen last..

  • Perasaan "mandom"(kemurungan) akan berlaku.
  • Aku bertekad hujung tahun nie macamana pun nak mintak tukar balik semenanjung.
  • Mak aku sibuk cari bekalan (keropok,gula melaka n etc) untuk aku bawa ke sarawak.
  • Aku plak sibuk duk cari barang2 yang bleh diniagakan kat sana (kain batik,kain pasang,tudung n mcm2 la)
  • Basuh baju yang bertimbun2 kat dalam bakul 2..
  • Pergi shopping cari apa2 mende yang xada dekat sana..
  • Sedeynyer..xpuas lagi nak duk bersenang lenang dekat rumah ni.."RUMAHKU SYURGAKU".

Khamis, 3 Jun 2010

Ghost whisper (kisah bila larut malam) part 2

setelah berbulan2 kisah Ghost Whisper aku ni terperap,barangkali kalu kisah nie adalah diibaratkan sebiji kek coklat,gamaknya bukan setakat dah berkulat tp dah reput jd debu da..hehe.

ok kita sambung cerita hantu ini ye..pada entry part 1 telah diceritakan bagaimana aku n geng2 serumah telah mengalami pelbagai kisah seram..selama 1 tahun setengah kami berkhidmat di kawasan hulu ini. Dalam kisah yg lepas Syiha telah nampak seorang lembaga perempuan dekat beranda rumah jiran kami. Ok kisah yang terbaru yang berlaku pada bulan mac 2010, kisah ini berlaku dalam jam 9.30 malam.Masa 2 kami berempat tengah masyuk menonton akademik fantasia..aku ingat lagi malam 2 adalah malam debaran akademik fantasia..last2 kami plak yang didebarkan..seperti biasa kami berempat sambil menonton para peserta akademik..mesti mulut masing2 xlepas daripada memberi kritikan2 ala2 adlin..masing2 duk pot pet dan bergelak ketawa..n then seperti biasa ghost whisperer kat umah kami Syiha tiba2 terdiam n then dia pandang muka aku dan Ida memberi tanda isyarat ada something sedang mengintai kitaorang dekat tingkap dapur(kebetulan tingkap nako kami, cermin dia pecah akibat banjir jadi duk terlopong g2la)aku seperti biasa yg paling penakut terus xbrani pandang dekat tingkap dapur 2..mata terus terpaku tengok tv..masing2 kaku belaka.

Setelah 5 minit kami semua terkaku..akhirnya aku dengan Ida nekad untuk pergi panggil Apai (pak guard) kat bawah rumah kami. malam nie gak kami nak Apai tutup tingkap pecah 2..Mujula Apai ada..Apai gelak jer dengar citer kami..lepas 2 mlm2 buta Apai terpaksa mengerah kudrat tuanya menutup lubang tingkap kami.(terima kasih yer APAI). Selepas tingkap 2 ditutup..Syiha menceritakan apa yang dia nampak..dia cakap dia nampak satu lembaga mukanya hitam putih,sedang mengintai kitaorang(upanya hantu nie gatai gak), bila syiha pandang dia,dia terus lari..kemudiaan seperti tidak ada apa2 yang berlaku kami meneruskan aktiviti kami iaitu menonton tv..tp debaran akademik fantasia kami terlepas(xtau saper yang kluar)xpala tengok mlam esok plak.

Apapun moral of the story..bila kita berada di kawasan hutan..jagailah tingkah laku kita..kerana ada makhluk lain yang tidak dapat dipandang oleh mata kasar hidup disekeliling kita..kadang2 kalu bergelak ketawa 2 berpada-pada takut mereka terganggu.sekian terima kasih..

Sabtu, 1 Mei 2010

Ghost whisper (kisah bila larut malam) part 1

Bunyi nyalakan anjing sahut bersahutan...petanda apakah itu..kebiasaannya mengikut orang-orang tua dahulu..bunyi nyalakan anjing yang bersahutan itu..tandanya anjing2 2 nampak mende2 (roh) yang sedang berkeliaran. Di S.K.Nanga Kain juga penghuni-penghuninya termasuk aku tidak pernah sunyi dengan kisah-kisah hantu ini.

Selama setahun setengah aku duduk di sini..rasanya dah 3 kali kami kena usik dengan "hantu",1st time kami(aku,Syiha,Ida&niza) masa dekat library. Masa tue kami berempat tengah sibuk menyiapkan banner untuk motivasi murid-murid tahun 6.Masa dalam area pukul 10 malam da(kalu kat semenanjung kira dah kul 11 mlm)kira dah lewat malam 2.Sebelum nie budak2 dah cakap.."cikgu dekat area library 2 ada hantu budak cikgu".tapi macam biasalah kitaorang xpercaya itu hanyala omongan kosong sj untuk menakutkan budak-budak.ok berbalik kepada cerita asal. kami berempat bersungguh2 memake upkan banner 2 bagi nampak cantik. akhirnya syiha dapat menyiapkan dahulu bahagiannya.jadi berehat sambil mendengar lagu..manakala kami bertiga masih lagi sibuk mengecat huruf2 di atas banner. Syiha plak sibuk duk beraerobik sambil di iringi lagu. Tiba-tiba tengah dia masyuk beaerobik..kami perasan tiba2 syiha berhenti dan matanya merenung tajam ke arah luar library. tiba2 kitaorang yang tadi sibuk bercakap dan bergelak ketawa..senyap2 tiba2.Syiha masih lagi merenung tajam ke luar library..aku cepat2 suruh dia padam lagu..dan kami cepat2 kemaskan barang kami..dan terus pulang ke rumah.Apabila sampai di rumah baru kami tanya syiha apa sbenarnya dia nampak. rupa2nya dia cakap ada nampak kelibat sesuatu sedang mengelilingi bangunan library 2..mcm kelibat budak.fuh dalam hati masing-masing..betuila apa yang budak-budak cakap 2..sejak hari itu kami tidak pernah lagi berani berada di library tidak lebih dari kul 6.30 petang..takut kena usik lagi.



                                          Library kami..
Kisah ke 2:

Larut malam selepas banjir(oktober 2009)
ok ini adalah kisah menyeramkan berlaku di rumah kami sendiri. Kisah ini terjadi selepas rumah kami dilanda banjir..rumah kami tenggelam selama 2 hari..terpaksa menumpang kasih di rumah cikgu laura +miss linda nun di atas bukit. selepas banjir surut..kami dan murid bergotong royong membersihkan rumah yang penuh dengan lumpur dan sampah. seperti biasa kami yang sememangnya pelik daripada org lain..terus balik ke rumah sendiri..manakala jiran sebelah rumah still lagi menumpang di rumah cikgu Tauhhid dekat atas bukit..jad kami dengan beraninya tinggal di rumah tanpa ada sesiapa orang disekelilingi rumah kami.Apai pak guard yg selalu duduk kat bwh rumah kami..tidak duty hari 2..jd hanya kami berempat sj di kawasan sekolah.budak2 asrama semua balik..jarak rumah kami dengan rumah cikgu di atas bukit  adalah 500 meter. jadi malam 2 plak adalah malam jumaat. kami syok melayan cerita seram dekat chanel astro mana ntah..tiba-tiba aku ternampak kelibat hitam melayang sepintas lalu dalam rumah dan botol terjatuh..aku hanya senyap dan cakap dekat kawn2 lain..tikus jer 2..jd kami buat bodo jerla..niza dan ida sibuk melayan cite kt tv.manakala aku dan syiha seperti biasa org paling lambat mengemas beg..smbil mengemas beg sambil tgk tv..syiha duk sebelah aku..tiba2 aku perasan mata dia merenung tajam kat luar tingkap nako kami yg sememangnya dah pecah.perasaan aku dah rasa lain..dalam hati nie mesti syiha nampak something nie..aku trus berbisik perlahan2 kat dia "Syiha jangan tengok kat luar 2..mata 2 pandang kat aku"..manakala niza dan ida still xperasan lg.."syiha meh duk dekat aku nie..jgn tengok lagi"..'sham ada perempuan berambut panjang kat luar 2,aku takut"ckap Syiha..tgk dia mcm nak nangis da..aku pun terketar takut gak..(takut Syiha histeria  kang ngn aku2 sekali histeria gak).

kemudian Ida bersuara."apahal korang berdua nie..tadi aku tengok sibuk duk bergelak ketwa..naper tiba2 senyap nie..mcm org baru nampak hantu jer?"..kitaorang still senyap lagi..aku jawab dengan suara yg perlahhan "iyer ida mmg nampak hantu pun, kat beranda umah sebelah".Ida terus senyap..masing keras kat depan tv 2..kemudian...BERSAMBUNG....next entry yer...

Ahad, 28 Mac 2010

Minggu pancit!!!

Selepas cuti sekolah 1 minggu..Penghuni-penghuni S.K,Ng Kain kembali ke sarang tercinta mereka.(Hehe patutkah guna "sarang").Minggu nie memang minggu yang memenatkan,banyak kerja yang perlu disiapkan.Terutamanya RPH(rancangan Pelajaran harian),worksheet untuk budak-budak,mark homework yang diberi sebelum cuti.Adui pening kepala aku.

Hari Isnin sekolah bermula, muka-muka budak nampak xbermaya ja..masih dalam mood cuti, cikgu pun tidak bermaya gak(hehe tetapi terpaksa control..pura-pura tunjuk muka bersemangat). Ok pagi nie..kul 8.30 sampai kul 9.30 am,aku mengajar matematik tahun 2. masuk kelas jer aku menunjukkan muka "ketat" aku,bagi budak takut skit. Selamat pagi cikgu!!,Selamat pagi,duduk.jawab ku. Ok macamana kerja rumah, dah siap!!tanya ku dengan lantang.Dah siap!!!jawab murid2ku.Ok bagus..kalu xsiap memang kena rotan lerr,,ngn aku..hehe(nasibla dorang dapat cikgu matematik yang kijam nih)hikhik.1000-1100 am matematik tahun 4(seisi mengutip kerja umah--situasi sama dengan kelas tahun 2--saper xsiap kena rotan).

Hari selasa tengah syok ajar budak (Kemahiran Hidup Tahun 4) tiba-tiba cikgu Semang datang bagi Jadual kelas ganti.(adui ader kelas gantian petang rabu + khamis),ganti sempena Hari Good Friday dan easter day..Aku pergi library,tengok buku bersepah plak..isk budak-budak2 nie orang dah cakap habis baca buku letak kat dalam tray yang disediakan tapi..gatai nak pergi gak susun dekat rak buku,kalu susun elok xpala..tp susun mcm hidup segan mati tak mau.ee...selaku guru library terpaksala aku memastikan keadaan library dlm keadaan yang elok.Mlm ni ada meeting plak..adui..pancit-pancit

Hari Rabu Kelas aku kul 7.00am until 12 am,non stop.Bis kul 12, balik umah terus tidur.Kul 2.30 bangun,solat berkejar ke kelas plak sampai kul 4.30. Dahla petang ni kelas gantian dekat darjah 1,adui aku dah pening nak ajar apa dorang nie.last2 aku suh dorang buat lukisan nombor,aku nak ajar dorang pun tengok muka masing-masing dah mandom jer..kalu ajar pun mesti xmasuk apa nie.Bis kelas aku balik umah.Malam 2 tido awal.sok kelas kul 7 plak.

Hari Khamis,mcm biasa kelas aku kul 8am-11am,petang kelas gantian 2.30-4.30.Petang nie aku ngajar  dak darjah 2 dan 4 (matematik). Untuk darjah dua seperti darjah 1 semalam aku suh dorang melukis,lukisan menggunakan crayon,dorang mmg excited buat nie..terutamanya windy ayom dalam masa setengah jam dia bleh siapkan 2 lukisan.cantik dia cat. N then loceng berbunyi..dah kul 3.30,masa untuk darjah 4,aku masuk suh dorang siapkan kerja yang aku bagi pagi tadi,aku balik umah jap minum air.Mesti korang suma pelik naperla aku sempat balik umah sambil2 mengajar,well umah aku dekat jer dengan kelas,jalan xsampai 10 kaki dah sampai umah.Hehe..jd dari beranda umah aku,aku dapat tgk budak buat apa kat kelas..hehe best umah dekat kelas,jimat tenaga,jimat masa. tapi yang xbest selalu bunyi budak buat bising tengah2ari,xyok nak tido.

ok hari Jumaat kelas bis kul 11.30. Bis kelas terus balik pack barang turun pasar.APAI(Pak Guard) dah duk panggil2 kat bawah umah,suh cepat takut ditinggal dengan bot ekspress. Bilik bersepah-sepah x sempat nak kemas.Adui minngu nie mmg xsempat nak rest pun.Bekejar kesitu sini dan sekarang aku ada dekat pasar(Pekan Kapit) stay otel sambil mengedit blog. hehe..Sekian terima kasih.

Khamis, 18 Mac 2010

Keputusan pertandingan kelas (FEBRUARI)

Keputusan kelas terbersih dan tercantik telah diumumkan oleh Cikgu Jesion.Hehe kelas aku naik 1 tangga saja. Dari nombor incik (tempat last) naik ketempat ke-tiga.Aduh berbaloi gak aku buat ABM(alat bantu mengajar)banyak-banyak kat kelas. Tapi aku xmampu lagi nak challenge kelas tahun 2 dan tahun 3. Betui2 kaw diorang punya kelas.Korang tengokla sendiri kelas dorang macamana. Tempat Kedua kelas tahun 2 dan juara bertahan tahun 3.
kelas Tahun 3
korang tengok sendirila macamana Cikgu Ridzuan menghias kelasnya. Fuh macam bilik pengantin. Manakala menurut Cikgu Tauhid kelas ni macam Pelamin orang nak kawin.Menurut Cikgu Zairy plak..kelas nie macam rumah urut (ceh kurang asam Zairy).Bermacam-macam pandanganla yang telah dibuat oleh orang-orang yang melihat kelas nie.So apa pandangan anda semua mengenai kelas nie. Aku yang pompuan nie pun xpernah terpikir nak hias kelas sampai macam nie..isk isk malu..kalah dengan cikgu laki.



ok ini kelas Tahun 2 Tempat ke-2. nie kelas cikgu Norhaniza..cantik dia hias..
Kelas Tahun 2

Bertemakan warna unggu. Fuh memang cantik. Macam dekat taman bunga jer. Tapi yang menaik seri kelas nie, bunga-bunga kat atas papan hitam 2..Cantikkan..korang nampakx..naper meja 2 disusun xsama. gara-gara aku la 2..cikgu kelas dah susun elok2 3 meja 1 baris..tapi disebabkan aku hangin ngan Macolin,Joshua n Micheal..aku suruh dorang bawa meja dorang kedepan..duduk depan. Tempat dorang kat belakang,tapi disebabkan ms aku mengajar dorang duk main kat belakang aku suh la tue gak datang bawa meja ke depan.Aku mengajar dorang Math.



Kelas Tahun 1 (Cikgu Norsham)..hehe kelas aku.
Tahun 1

korang sendiri tengokla kelas yang dapat tempat ke-3 ni.Masih di takuk lama..xberubah-ubah dari bulan Januari hari itu lagi. Maklumla guru kelasnya busy sangat-sangat(hikhik..alasan semata-mata, orang lain pun busy tapi cantik gak kelas dorang). Tengok penyapu ada lagi kat meja.Lepas result kelas terbersih diumumkan aku terus pergi ke kelas. Mak oih sampah berterabur lagi..pa lagi sambil bercekak pinggang ala-ala ibu mertuaku dalam citer P-Ramlee."Saper bertugas hari nie tanya ku",(ceh aku tanya macam budak nie pandai baca jadual tugas yang aku letak kat notis board 2,hehe,apadaa..punya cikgu..buat budak darjah 1 mcm darjah 6)."ok hari nie Silviana dan Libah,tukang menyapu"..aku bagitau kat dorang.Ok yang lain beratur kat luar kelas.ala-ala ibu tiri memberi arahan..Sebelum ni cikgu dah cakap jangan buang sampah kat meja kamu buat gak n..bla.bla..aku membebel.ntah paham ntah tidak bebudak nie.Ok kamu nak cikgu denda apa kat kamu nie sebab kelas kotor?tanyaku."Cikgu jalan itik"cadang Gomis dengan muka tersengih-sengihnya.Ok hari nie jalan itik.Ok semua beratur..buat 1 barisan.Bebudak nie semuanya excited nak jalan itik sebab dorang tak pernah jalan itik.Korang rasa la macamana jalan itik ni..hikhik kataku dalam hati.Ok jalan sekarang.Macamana,bestx jalan itik..tak best cikgu..sakit kaki..jawab Dominic.Hah tau padan muka kamu nak sangat jalan itik.Ok cikgu nak kamu berjanji,lepas ni jangan buang sampah merata lagi..PAHAM??!!PAHAM!!Cikgu.BAGUS..Masuk kelas..begitulah alkisahnya..hehe

Sabtu, 13 Mac 2010

nugget ubi kayu

"wei,korang semua nak tau tak?. "hah pa dia?". "tadi auntie Rosalind bagi aku makan cucur ubi kayu, sedap woo"jawab syiha."yeke sedap?" tanya aku (isk rugi aku tak naik ofis hari ni,kalu tak, dapat gak merasa cucur ubi kayu,tak pernah makan 2..kataku dalam hati, teringinnya nak makan). "macamana resepinya" tanyaku. "auntie cakap parut jer ubi,pah2 gaul dengan gula n then goreng, memang sedapla".telan air liur aku dengar..

Beberapa hari kemudian...aku baru balik dari kerja zon, masuk dalam rumah..kawan-kawan serumah tgh riuh rendah.aku tanya pehal?korang suma nak g mana nie..jom sham kita g wat mission korek ubi kayu kat belakang umah"ajak Syiha ngn Niza.hah wat per?..aku nak wat cucur ubi kayu mcm auntie..dah teringin sangat ni,jawab Syiha. Ok jom!!!aku pun tingin nk merasa gak.Jadi aku,syiha n niza g belakang umah..tapi yang tukang korek syiha ngn niza jer..aku tolong tengok jer..kua..kua..kua..hehe. sambil-sambil tgh mencuba mengorek ubi..tiba-tiba Zairy,jiran sebelah lalu..korang nak wat pa..korek ubi?kitaorang nak buat kuih..kalu xcukup ubi 2 g korek ubi kat belakang rumah aku la,offer Zairy.Isk susah sangat nak korek ubi nie..mehla kita g korek ubi Zairy..hehe..jadi kami berjaya mengorek 3 perdu ubi..

Korek ubi dah..sekarang time nak kupas plak..lepas kupas kulit..nak kena parut plak..kitaorang bergilir-gilir memarut...tp mcm biasala aku..parut sket dah surrender..last-last niza gak yang parut bis..hehe..n then seterusnya proses pengadunan ubi kayu dengan gula..task nie Syiha yang buat..n then mengoreng...oops proses mengoreng terpaksa ditunda..Ida tengah masak kurma telur..dapur ada 1 jer..hehe...uiks sedapnya bau masak kurma..mcm bau kari kat kedai mamak ja..perut aku dah berbunyi nie..lapor...

ok..kurma dah masak..nyum2 sedapnya.aku amik pinggan,cedok nasi,letak lauk..terus makan sambil tengok cite na o mei..dah lupa cucur ubi kayu...hehe. Syiha pun meneruskan proses terakhir cucur ubi kayu iaitu proses pengorengan...hmmm..sedapnya bau..mcm kerepek ubi..beberapa minit kemudian..ok dah masak cucur ubi kayu..pa lagi aku ngn syiha terus amik makan..hmmm..sedapnya..kat luar crusty kat dalam lembut..nasi dalam pinggan tak habis lagi..isk gelojoh betui..

wei bagi kat Zairy sket..tadi dah kidnap dia punya ubi...ok..Zairy!Zairy!nie ada kuih sket..cakap syiha..apa ni?tanya Zairy.nugget ka..kitaorang jawab yup nugget..haha.. ketawa terbahak-bahak.kalu nugget ayam memang kitaorang tak bagi dah..baik kitaorang ja makan,tengah krisis makanan nih,dahla minggu nie umah kitaorang kehabisan stok makanan..2 yang g korek ubi kayu orang wat cucur..sbb dah naik muak telan air milo ngan biskut ja(memang cucur 2 nampak mcm nugget..korang tengokla sendiri ader picture disediakan.




  tapi memang sedap sungguh nugget ubi kayu nie..crispy kat luar lembut kat dalam memang mcm nugget..tapi perasa ubi kayu. jadi sesaper yang ada ubi kayu kat umah tapi tak tau nak buat apa..tryla resepi ni..

cucur ubi kayu
ubi kayu
gula
garam

kaedah
1. Parut ubi kayu..gunakan pemarut.
2.Gaulkan parutan ubi kayu dengan gula..pah2 letak sejemput garam..gula banyak sket..
3.goreng macam goreng cucur..
4. siap untuk di makan.