Jumaat, 17 Jun 2011

cyber cafe di s.k.ng kain

wah Ng Kain sudah ada CC..best2 loved it..jadi taklah aku jadi katak bawah tempurung lagi.Thanks to Mr. Azizi sbb menyumbangkan router wifi.Jadi dengan rasminya bilik Ict kat sekolah nie dijadikan pusat internet untuk warga s.k.ng kain.Biasanya cc ini akan penuh pada petang2 hari.Almaklumla pada time2 petang dan malam sj line dia ok.Kalu pagi sampai tengahari "haram", nak bukak facebook pun sampai berjam2..kalu orang nak beranak 2 rasanya dah terberanak kut.(opps sori terguna istilah yg tidak sesuai :) ).Tapi hanya menggunakan istilah itu sj dapat mengambarkan mcmana lembabnya line tenet school net nie pada waktu bekerja. :)

Tapi apapun syukur alhamdullilah sbb tenet dah ada.at least kalu ada hal emergency nak kontek kawan2 atau family dekat dunia luar sana hanya kontek melalui facebook.Sekarang nie nak beli tiket flite pun xpayah tunggu nak kuar ke kapit, dekat sekolah pun dapat.Tapi kena pakai kad kredit la. :).

Ok..di sini disertakan beberapa pic yg menunjukkan suasana di CC ng Kain.Hehehe..
cikgu-cikgu sedang sibuk berinternet.mcm2 gaya ada.
                                          


Masing-masing tersengih sorang2..almaklumla dapat berhubung dengan orang ter"sayang".
                                    

siap ada jadi Dj gitue.
                                       


me tgh kusyuk menaip entri blog nie..maklumla hari dah nak hujan
                                        



tiba-tiba pelangi petang muncul tanda hari nak hujan.


Thanks to http://www.tauhhidblog.blogspot.com/ sbb bagi pinjam kamera buat seketika.hehe

Ahad, 22 Mei 2011

Selamat Hari Guru..(16 mei)

Tahun ini adalah tahun ketiga aku bergelar seorang guru.Maknanya dah 3 kali aku menyambut hari guru.Tahun nie, dekat sekolahku Hari Guru disambut lepas cuti sekolah pertengahan penggal. Maklumla jadual pack sangat jadi terpaksa di tangguhkan.Tengok betapa komitednya guru-guru di S.K.Ng Kain nie..(hehe puji diri sendiri).

Tahukah anda semua.Menjadi seorang guru di sekolah, tugasnya bukan setakat mengajar sahaja tetapi juga mendidik. Dulu-dulu aku selalu teringat kata-kata atuk aku, bila orang tanya "Anak Haji Pa kijo gapo?",Atuk hanya menjawab "Anak ambo ngasuh budak-budak jah".Hehe 2 ja jawapannya.Al-maklumla semua anak-anaknya cikgu belaka.Tapi betul juga jawapan tuk aku 2. Jawapan tersirat la 2.Maknanya tugas cikgu 2 bukan setakat mengajar macamana nak membaca menulis mengira semua tetapi mengasuh @ mendidik mereka bagaimana untuk bertingkahlaku dengan baik dan bersosial dengan org-org disekeliling mereka.

Jadi tugas cikgu itu bukan senang.Ramai orang berpendapat kerja cikgu senang.Kerja setengah hari sahaja, banyak cuti.Setakat mengajar ja semua orang boleh buat.Lebih-lebih lagi kalau ajar sekolah rendah.Lagila senang. Dulu sebelum aku jadi cikgu aku pun cakap macam 2 gak.Tetapi bila dah masuk jadi cikgu..fuh memang mencabar gakla.Lebih-lebih lagi mengajar dekat pendalaman.Lain bangsa, lain agama lain bahasa.

Ini adalah tahun ke-2 aku mengajar matematik bagi kelas tahun 1.Bayangkan betapa susahnya nak bagi budak mengenal nombor 1 hingga 10.itu baru mengenal nombor.Bukan lagi nilai nombor .Sebelum aku jadi cikgu aku pernah jadi pensyarah sekejap di sebuah kolej swasta.Di mana aku rasa mengajar subjek fizik tuk budak diploma lagi senang daripada mengajar budak darjah 1.Kadang-kadang aku rasa mcm frust sorang diri, rasa macam nak terjun sungai ja, bila tunjuk no.2 diorang cakap nombor 4.aduis tensenya.Sampaikan xdak cara lain.aku suruh diorang baca berulang kali sampai kenal.Macam baca alif, ba, ta plak.Hehe.

Ok itu bab mengenal nombor.Seterusnya bab menambah dan menolak nombor.Uiks haru-haru.Kebanyakan murid-murid bila bab tambah dorang pandai.Tapi bila masuk bab tolak terus confius.Haru-haru.Jenuh plak aku suh dorang g kutip batu kat bawah rumah aku.Buat jadi alat pengira.Tapi alhamdulilah sekarang nie daripada 15 org murid ku, hanya sorang ja lagi yg xberapa nak kenal nombor iaitu calvin.adui kena tingkatkan usaha lagi nie.Tapi apapun bila melihat anak-anak murid kita mampu mengenal nombor membuat pengiraan spt (2 + 1) dsbg.Kira itu dah satu kejayaan besar buat aku.yipee..akhirnya anak murid ku yg tidak tau apa2 sudah pandai mengira.

Ok itula serba sedikit kisah pengalamanku menjadi cikgu.Itu blom lagi diceritakan pengalaman aku mengajar matematik untuk tahun 2, 3 dan 4.yg itu lagi dasat.Nnt akan diceritakan.khas untuk guru-guru matematik shaja.hehe.

Ok apapun, aku ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru yang pernah mengajar aku.Jasa kalian semua tidak mampu aku balas.Hanya mampu ku hadiahi sebuah doa "Ya allah ya tuhanku, jauhilah guru-guru ku dari kesusahan dalam kehidupan, berikan mereka kehidupan yang bahagia di dunia dan juga akhirat.Amin".

                                          Selamat Hari Guru untuk diriku sendiri :)

Sabtu, 30 April 2011

Menuju Ke Puncak

Untuk menuju ke puncak, pelbagai rintangan yang perlu dilalui.Rintangan itu boleh dianggap sebagai pemanis dalam segelas air sirap bandung. Jika tanpa pemanis air bandung itu akan terasa tawar dan tiada kepuasaan meminumnya.Begitu juga dengan kejayaan tanpa rintangan, kesusahan segala-galanya terasa tawar.Apapun yakin dengan diri sendiri dan sentiasa bertawakal kepada tuhan, pasti kejayaan itu menjadi milik kita.

Jumaat, 22 April 2011

trip to Kapit..di sirami hujan..

Pagi terasa panas membahang..bila kul 10 pagi..langit mula mendung..alamak kul 11 pagi hujan turun mencurah2.Adui macamana nak turun pasar nie.Hari nie sure kena duduk atas bumbung bot.Maklumla esok jumaat, cuti ramaila cikgu2 hulu kuar.Harap2 kul 12 hujan benti.Aku abis kelas kul 12. nnt nak terus cau pergi tunggu bot kat nanga.Tapi apapun sepanjang 1 jam setengah duk atas bumbung bot sambil disirami hujan lebat.lencun basah +sejuk tahap sampai ke tulang.Perhatian..bila anda di hulu pastikan

1) anda membeli beg,yg kalis air untuk mengelakkan segala gadget daripada lencun. Ataupun belila "kantung
    bahai" seperti yang di tunjukkan di dalam gambar di bawah.


 Masing2 mengisi beg ke dalam kantong bahai..memang kali air.Boleh di dapati di
                     merata2 tempat diseluruh malaysia, Ada pelbagai corak dan warna + saiz.

b) membawa payung yang kukuh untuk mengelak daripada panas atau hujan.Sebab setiap masa akan duduk di atas bumbung bot. Ataupun ketika hari panas boleh menggunakan cap.Tapi kalu hari panas, mak aihh..punggung rasa mau terbakar ja duk atas bumbung..

                                          Sediakan payung sebelum hujan.Cewah hehe..

3) Pastikan memakai kasut atau selipar yang tidak mudah tergelincir.Almaklumla nnt nak panjat batu bata
     lagi, nak masuk dalam lumpur lagi.Jadi kasut tumit tinggi di larang sama sekali.Hanya memakai selipar
      jepun pun jadila.

                                         contohnya selipar macam nie.nie view dari ats bumbung bot tau..
                                        .jadi high heel. mmg dan sama sekali di larang pakai.

4) membawa duit yang cukup untuk membayar tambang bot.Walaupun anda duduk di atas bumbung bot, harga sama macam duk dalam bot beraircond.Kalu dari nanga kain ke Kapit tambang RM10 (1 jam setengah) kadang2 RM15, harga tidak tetap bergantung kepada bot.Jadi apapun bila masuk hulu bawa duit byk2..sebab kat dalam 2 bukan ada mesin atm.apa pun xdak.hehe.kalu gamak xdak duit hutang ja ngn kawan2..hehe.

ok itu adalah tips untuk tinggal di hulu.nnt akan di tambah lagi.hehe.

c me..lengkap dengan payung, beg bahai warna merah, beg galas belakang, selipar bata (xnampak,hehe) dan beberapa keping not merah dalam purse..bersedia untuk keluar ke pasar..yeeeha.sudah 2 minggu xkuar...

Khamis, 21 April 2011

Bilaku masuk darjah 1..owh baunnya tidak ku tertahan

Apabila anda adalah guru yg mengajar tahun 1.BERSEDIA!!lah menghadapi lumrah murid-murid tahun 1 iaitu masalah B.E.R.A.K dan K.E.N.C.I.N.G dalam seluar di dalam kelas..oooh..tidak..sama sekali aku tidak suka..Setiap kali masuk kelas tahun 1, setiap kali 2 la aku terpaksa menghidu bau yang kurang enak.Sampai kadang2 xtahan sangat, aku terpaksa mengajak budak2 kuar dari kelas dan pergi belajar dekat padang.Almaklumla kalu bau 'tahi' + 'hancing' (sori yer terkasar bahasa) manala aku tahan.Kadang2 nak naik hangin pun ada. Tapi sabar jela..nak wat macamana dorang budak lagi..

Sudah 2 tahun aku mengajar darjah 1. Setiap tahun pasti ada kes budak berak + kencing dalam seluar.Jadi apa yg boleh aku cakap kes berak +kencing dalam seluar adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh guru-guru yang mengajar dan akan mengajar dak darjah 1.

Pernah aku bawa dorang pergi library, bila nak masuk library kena bukak stokin ngn kasut (peraturan library).Masa duk dalam tiba2 Danella "cikgu mau kencing"."yup pergila ke tandas" aku cakap.Dia pun pergila..tiba2 dari dalam library aku terdengar suara Danella menjerit "cikgu!!sudah keluar"!! aku kehairan.."apehal plak budak nie?",aku pun jenguk luar library "aduh!!" rupanya dah terkencing dalam seluar, dia tertahan terkencing masa duk pakai stokin.Jenuh plak aku nak membasuh kencing dia kat depan library.huhu..nasib2..nasib.hehe

Semalam aku masuk kelas tahun 1.Waktu aku lepas rehat, kul 10.Aku dengan bersemangatnya masuk kelas tahun 1 nak mengajar matematik, langkah ja kaki masuk kelas, aku terbau bau tahi..aduh saper plak berak nie."siapa yang berak nie?" aku menjerit."cikgu, ericson berak cikgu" adu Senai."Ericson, kamu berak dalam seluar ka?" tanya aku. "Tidak..cikgu"jawab ericson.Tapi mmg sah dia yang berak, sbb mmg hari2 dia berak dalam suar.Kecian kat budak nie, rasanya dia ada masalah pemakanan kut. sbb setiap hari dia tercirit dalam seluar.Budaknya pandai..topten dalam kelas 2..

Ada seorang lagi dalam kelas, yang nie budak laki gak..suka kencing dalam kelas.Nama dia Kujat.Adui mmg hari2 bau hancing kat dia.Bau punyala kuat..adui mmg pening kepala.Asal aku masuk kelas mesti aku suh si Ericson dan Kujat balik asrama, suruh dorang mandi dan tukar baju baru.Bagi hilang bau 2 skit..
ok apapun kepada semua guru-guru tahun 1 di seluruh malaysia..u all the best, sbb bukan senang nak ajar darjah 1 nie...


                                               Inilah murid-murid darjah 1 aku..

Selasa, 15 Mac 2011

Piala sizuka @ Ng Kain akhirnya jd milik kami..yeeha.

Yee..akhirnya penungguan selama 14 bulan akhirnya Piala sizuka akhirnya milik kelas ku..hehe.jadi tengoklah aksi-aksi kami bergaya dengan Piala rebutan 3 negara ini..


Bergambar bersama coach (Cikgu Sham)


Bergambar bersama pengadil pertandingan (Cikgu Sarida) :)

Tahukah anda semua apakah itu piala sizuka?
sebenarnya ini adalah piala adik beradik kepada piala sizuki,tp bezanya corak permainan adalah berbeza.Kalu Piala sizuki menggunakan bola  tapi kami menggunakan batang penyapu, kain buruk,tong sampah.Kalu piala sizuki pemainnya adalah 7 orang untuk satu pasukan tapi untuk piala sizuka bilangan pemain adalah tidak terhad. 

Jadi setiap pemain iaitu anak-anak muridku dan aku sebagai coachnya akan berusaha setiap minggu untuk memastikan piala ini milik kami.setelah 3 minggu berturut-turut berada di tempat tercorot akhirnya kami berjaya menduduki tempat teratas, wow dengan jaringan mata yang terbanyak.yeeeza..Meninggalkan pihak lawan kami jauh ketinggalan di belakang.

Ok..stop..jangan merapu lebih2..hehe baru sekali menang terus gempak.Ok sebenarnya ini adalah pertandingan kebersihan kelas.Untuk makluman semua.Apapun thanks to all my beloved murid-murid tahun 2, sbb sama-sama menjaga kebersihan kelas dengan baik..u all terbaaaaaeeeek. Walaupun u all semua ni nakal, sampaikan kebanyakan guru surrender nak kawal..hehe.Biasalah anak murid ikut perangai cikgu kelas dier la..nakal + degil gak..hikhik.

Ok..lupa nak snap pic kelas kami.Nanti ada masa akan ku tunjuk kelas kami.harap-harap piala nie kekal jadi milik kami sepanjang tahun.

Apapun terima kasih buat mamarock at http://tauhhidblog.blogspot.com/ kerana meminjamkan kamera untuk kami berposing..hehe.thanks a lot..

Terima kasih juga kepada Cikgu Sarida kerana sudi meminjamkan tenaga untuk mengambil gambar-gambar kami..hehe

Khamis, 10 Mac 2011

Bintang o bintang ko la pujaan hatiku..

Cikgu sham na nemu gaga bintang..madah Linda pada kawan-kawan sekelasnya..Adui aku mmg xpandai lukis bintang.Biasanya guru yang mengajar tahun 1 dorang mesti mahir lukis bintang sebabnya budak-budak nie dia kira pencapaian @ kehebatan mereka berdasarkan berapa jumlah bintang yang diberi guru.Sebelum ni aku xkisah sangat sebab aku mengajar budak tahap 2 (4,5 dan 6) jadi aku hanya bagi gred A,B,C,D shj.Bila mengajar tahap 1 nie dorang tak berapa faham sangat apa A,B,C,D tu.Kadang-kadang dorang tanya apa A nie cikgu, jenuh aku nak menerangnya.Kalu  lukis bintang baru dorang faham.Adui..naya..korang semua nak tahu siapa yang ajar aku lukis bintang, budak darjah 1..kua..kua..memang haru betui...Si Linda ajar..Tapi apapun sekarang ini aku sudah mahir melukis bintang di buku2 latihan anak-anak murid aku..kua..kua..
                                                                            sebelum

                                                      selepas..yeeeha..akhirnya nemuku gaga bintang.. :)