Selasa, 15 Mac 2011

Piala sizuka @ Ng Kain akhirnya jd milik kami..yeeha.

Yee..akhirnya penungguan selama 14 bulan akhirnya Piala sizuka akhirnya milik kelas ku..hehe.jadi tengoklah aksi-aksi kami bergaya dengan Piala rebutan 3 negara ini..


Bergambar bersama coach (Cikgu Sham)


Bergambar bersama pengadil pertandingan (Cikgu Sarida) :)

Tahukah anda semua apakah itu piala sizuka?
sebenarnya ini adalah piala adik beradik kepada piala sizuki,tp bezanya corak permainan adalah berbeza.Kalu Piala sizuki menggunakan bola  tapi kami menggunakan batang penyapu, kain buruk,tong sampah.Kalu piala sizuki pemainnya adalah 7 orang untuk satu pasukan tapi untuk piala sizuka bilangan pemain adalah tidak terhad. 

Jadi setiap pemain iaitu anak-anak muridku dan aku sebagai coachnya akan berusaha setiap minggu untuk memastikan piala ini milik kami.setelah 3 minggu berturut-turut berada di tempat tercorot akhirnya kami berjaya menduduki tempat teratas, wow dengan jaringan mata yang terbanyak.yeeeza..Meninggalkan pihak lawan kami jauh ketinggalan di belakang.

Ok..stop..jangan merapu lebih2..hehe baru sekali menang terus gempak.Ok sebenarnya ini adalah pertandingan kebersihan kelas.Untuk makluman semua.Apapun thanks to all my beloved murid-murid tahun 2, sbb sama-sama menjaga kebersihan kelas dengan baik..u all terbaaaaaeeeek. Walaupun u all semua ni nakal, sampaikan kebanyakan guru surrender nak kawal..hehe.Biasalah anak murid ikut perangai cikgu kelas dier la..nakal + degil gak..hikhik.

Ok..lupa nak snap pic kelas kami.Nanti ada masa akan ku tunjuk kelas kami.harap-harap piala nie kekal jadi milik kami sepanjang tahun.

Apapun terima kasih buat mamarock at http://tauhhidblog.blogspot.com/ kerana meminjamkan kamera untuk kami berposing..hehe.thanks a lot..

Terima kasih juga kepada Cikgu Sarida kerana sudi meminjamkan tenaga untuk mengambil gambar-gambar kami..hehe

Khamis, 10 Mac 2011

Bintang o bintang ko la pujaan hatiku..

Cikgu sham na nemu gaga bintang..madah Linda pada kawan-kawan sekelasnya..Adui aku mmg xpandai lukis bintang.Biasanya guru yang mengajar tahun 1 dorang mesti mahir lukis bintang sebabnya budak-budak nie dia kira pencapaian @ kehebatan mereka berdasarkan berapa jumlah bintang yang diberi guru.Sebelum ni aku xkisah sangat sebab aku mengajar budak tahap 2 (4,5 dan 6) jadi aku hanya bagi gred A,B,C,D shj.Bila mengajar tahap 1 nie dorang tak berapa faham sangat apa A,B,C,D tu.Kadang-kadang dorang tanya apa A nie cikgu, jenuh aku nak menerangnya.Kalu  lukis bintang baru dorang faham.Adui..naya..korang semua nak tahu siapa yang ajar aku lukis bintang, budak darjah 1..kua..kua..memang haru betui...Si Linda ajar..Tapi apapun sekarang ini aku sudah mahir melukis bintang di buku2 latihan anak-anak murid aku..kua..kua..
                                                                            sebelum

                                                      selepas..yeeeha..akhirnya nemuku gaga bintang.. :)

Jumaat, 11 Februari 2011

Lepas banjir kemarau plakkk..aduyai..


bulan 1 banjir..masuk bulan 2 kemarau plak..sekarang ni air mcm chipsmore sekejap ada..sekejap xdak.Kalu pagi2 nak g sekolah..nak mandi bukak pili air..adui air 1 titik pun xdak.terpaksa punggah air kat luar umah.Tengokla pagi2 buta dah kena angkat berat..isk hilang keayuan dan kelembutanku..hehe.




simbolik selipar jepun yang berlumpur dengan tangga berkayu+ baldi merah..adalah di antara peralatan yang digunakan untuk mengangkut air.


 tengok..sungai memang cetek.sampaikan perahu biru 2 siap tersadar atas tanah lagi.
ambil gambar dari sudut dapur..malas nak turun ke bawah..
Rumah inilah jadi tumpuan kami serumah jikalau air dekat pili tangga bawah 2 xdak air gak.jarak rumah nie dari rumah kami kira-kira 100 meter gak.nak pergi rumah nie terpaksa melalui 1 jambatan kayu.Tapi sori sangat-sangat sbb xsempat nak snap gambar jambatan 2.
ini adalah bilik mandi asrama budak lelaki.Biasanya bilik air nie jadi tempat aku basuh baju..xlarat nak mengangkut kain pergi ke rumah yang ke atas, sbb jauh sangat nak mengangkut kain.

Jadi apapun..inilah pengalaman yang terpaksa kami lalui sepanjang berkhidmat di S.K.Ng Kain.Jadi banjir ka kemarau ka kami dah xheran.Kalu masa-masa datang dulu tensen gak, tapi sekarang dah xkisah.

Jumaat, 4 Februari 2011

Banjir datang lagi..(17.01.2011)

                                                     Lagi sejengka nak masuk umah...
Tengokla pra yang beratap biru dah mmg tenggelam.Umah aku plak cam terapung2 atah air..hehe..muju xmasuk dalam umah..cuma bahagian dapur jela masuk air..
                                           Keadaan pada pukul 6 petang..
Masa nie kidnap perahu sekolah..Cikgu Syiha yang dayung.Aku duk amik gambar sambil duk makan oren..hehe
                                           Keadaan pada pukul 7.30 pagi
Suma duk kalut angkat barang bw naik atas.Sbb kalu banjir mmg confirm dewan kat bwh 2 tenggelam.Masa nie keadaan kelam kabut..
                                         Asrama budak pun tenggelam...dasat2..
Apapun nak cakap kat sini..tiada sebarang bantuan pun diberi tuk kami.Kami survive sendiri ja.Bila tengok dekat tv kalu banjir mcm nie dekat semenanjung, mesti datuk,menteri + bantuan akan datang dengan segera. Tapi kami apa bantuan pun xdak.Kadang2 kalu air naik..kami cikgu2 angkat sendiri ja barang naik perahu,lepas 2 terpaksa berdayung perahu menyelamatkan diri.Banjir nie bukan kali pertama tay..rasanya 2 tahun lebih aku duk sini,dah dekat 10 kali kut banjir..kayu bilik darjah pun dah banyak yg mereput..tunggu masa nak roboh ja..(statement panas nie)..hehe bagus gak roboh..nnt bleh pindah..hehe.

Ahad, 23 Januari 2011

Aku,kawanku n sekolahku(memori 2009+2010) Part ??(lupa dah :) )



Alamak tahun baru sudah masuk.tapi slot memoriku xabis2 lagi..hehe.Ok tanpa melengahkan masa lagi..kita akan pergi ke cikgu seterusnya..Cikgu paling hensem dekat skool S.K.ng kain.Cikgu Zawawi yeeha...Cikgu nie asal dari pahang..still bujang lagi..saper2 nak berkenalan bleh search dia kat fb ek..hehe.Ok cikgu Awie nie adalah pelanggan tetap baju batik aku nie..setiap tahun dia akan oder batik ngn aku..hehe..kayo nie..Cikgu Awie nie baik orangnya sbb dia suka tolong semua org..hehe..betuix cikgu-cikgu s.k.ng kain.Tapi sebaik2 awie nie jgn disangka dia juga suka wat lawak bodo iaitu mengenakan cikgu2 kat skool 2..Diantara cikgu-cikgu yang terkena ialah jeng..jeng..Cikgu Sarida,Cikgu Tohit adalah mangsa yg paling dasat dikenakan oleh Awie nie..Disebbkan selalu kena sakat ngn cikgu Awie nie..kami geng2 cikgu berpakat mengenakan dia balik..haha berpeluh2 kena...tau takut..hehe(gurau jela awie).Cikgu Awie nie mengajar BM tahun 1,2 tau..pagi2 1st period mmg dengar sora dia jer fuh memg menakutkan.pah2 masuk period ke2..aku just dgr sora budk plak..heran gak mana awie nie..dah bis ka kelasnya..upa2nya ada dalam kelas,duk kat meja guru..penat duk layan budak kecik sampai berpeluh2..hehe sampai duk termenung kat meja guru..kecian kat awie..xpola awie..nnt dah kawin bila dapat anak sngla nk jaga..sbb dah terbiasa ngn budak kecik..hehe.





Ok ini adalah geng2 orang besar.Yg baju merah 2 cikgu Semang.Kami punya PK1,Baju oren itulah Big Boss kami iaitu En.Kadum Sumbang..dan yg baju putih tu adalah YDP PIBG kami En.Sana Ubi.
Cikgu Semang nie kalu awal2 tahun mmg dia akan komited mmbuat jadual waktu..lepah buat jadual waktu dia akan print byk2..dan dia jugala yg akan pergi edarkan dekat kelas2..guru2..rajinkan dia..hehe..trademark kata2 cikgu semang ialah "bukan-bukan"..kalu kitaorg kenakan dia..dia akan tersenyum smbil cakap "bukan-bukan cikgu nie"hehe..nama glamer cikgu Semang kat skool Brad pitt u know..hehe..betuix cikgu tohit?hehe.tapi apapun cikgu semang nila pk1 yg paling sempoi dan "komited".hehe.

Seterus our big boss..En.Kadum.En Kadum nie gak adalah guru besar yang paling sempoi.Senang di bawa berbincang.Biasanya aku akan jumpa Big Boss bila time2 nak dekat cuti.Nak tau naper masa 2la muka aku akan muncul dekat bilik guru besar untuk memohon cuti balik awal..hehe.Mujurla GB aku nie sempoi..dia consider..2la setiap kali cuti sekolah akula orang terawal sampai kat kg..sampai mak aku pun pelik,ai orang kat kampung xcuti lagi..dia dah cuti dah..hehe.Papun GB kami nie baik..dia selalu gak bagi tumpang naik perahu dia nak g pasar.

Kalu time banjir.GB kami la orang yang paling kalut..24 jam duk memantau dekat area rumah kami..maklumla rumah kami nie mmg tempat hot selalu naik air..kami yg kena banjir nie rilek ja.Tapi GB kami plak tolong risau..hehe.Tapi tahun nie GB kami dah pindah sekolah baru..HUhu sedey...GB cakap nak pindah sama2 ngn kami semua,tapi GB plak yg pindah dulu.xaci..papun..semoga GB berjaya di tempat baru.

Isnin, 27 Disember 2010

cikgu sham baca sajak....



Yup thats me..everywhere,anytime..aku akan buat lawak bodo..Masa nie aku bc sajak sempena perasmian minggu motivasi tahun 2009.Aku volunteer ni tau nak bc sajak.hajat dihati nak menglamerkan diri sendirila konon2nya..(hahaha perasan).Sajak yg aku bc 2 pun Cikgu Niza bagi..cilok dr novel apa ntah..aku main hentam ja baca..yg penting i glamer gitueeew..haha.xdakla kebetulan masa 2 Cikgu Niza handle tuk persembahan,jadi masa tue kelam kabut dia cari cikgu tuk slot persembahan cikgu.Dah2 aku pun tolongla dia mempersembahkan diriku ini.Masa ini ibu bapa budak ada sekali. :).Apapun bila tgk balik video nie mmg aku malu..aku hanya tgk sekali ja video nie.Tiba2 mlm nie C.tohit mensuggestkan aku letak video ni kat blog tuk tatapan semua..hehe..apapun kalu tgk dr video nie..seperti gak ngn tulisan ku.. secara realitinya aku suka buat lawak bodo.Xkirala depan guru besar n sapa2 la..haha..thats me..aku xbleh lari dr tabiat aku nie..walaupun aku buat muka serius msti akan terjadi juga lawak bodo ke atas diriku ini. hehe..apapun thanxs a lot c.tohit,kerana merakamkan video nie..at least ada gak kenangan bervideo cikgu sham.sblom nie asik gambor ja..so masing2 bleh tgk live sy camna..hehe.

Khamis, 23 Disember 2010

J+A+M+U+A+N = ???

Peperiksaan ahir tahun sudah habis.Ini bermakna lagi 2 minggu cuti sekolah akan bermula.Wow aku mendapat satu idea.kenapa tidak aku buat jamuan akhir tahun kelas.Yeah thats a great idea..Aku pun pagi itu dengan semangat berkobar-kobar masuk ke kelas.konon-konon nak bincang ngan budak pasal nak buat jamuan.

Murid-murid:Selamat pagi Cikgu!!
Aku:Selamat pagi,sila duduk.
Murid:Cikgu,hari nie kita belajar apa?
Aku:Hari nie kita tak yah belajar..kita duk saja2 ja dalam kelas.(Hahaha..cikgu yg hampeh..maklumla dah
       abis sylibus).
Murid:Aler cikgu,boringla xbelajar.
Aku:Yeke...okla hari ini cikgu nak bincang dengan kamu pasal jamuan.
aku tengok murid..blurrr belaka.
Aku:Okla cikgu ingat nak buat jamuan..jadi cikgu nak kutip duitla daripada kamu.
Murid-murid:Berapa cikgu kena bayar?
Aku:RM5..ok x?
Murid-murid: Ok cikgu!!!
Aku: Ok..jadi minggu depan cikgu nak kamu bawa RM5 sorang.
Tiba-tiba welson mengangkat tangan sambil berkata.
Welson: Cikgu!!buku apa itu jamuan..cikgu??
Bila aku terdengar (buku apa itu jamuan)baru aku tersedar alamak..budak2 nie suma ingat jamuan 2 buku ka?aduis aku tepuk kepala aku sdiri...Bodohnya aku..hahaha..last2 sbb frust sgt budak xpaham apa itu jamuan.Aku kenselkan hajat nak buat jamuan 2...hahaha..ntahla aku nie pun satu duk layan budak darjah 1 macam budak tingkatan 1.Haha..itulah pengalaman aku ngn dak darjah 1 nie..mcm2...



Welson