Isnin, 3 Oktober 2011

Cikgu?kenapa muka cikgu naik jerawat?

Hari pertama di sekolah baru. Itu adalah soalan di antara soalan yang biasa dituju kat aku.Hahaha..Bebudak ni pun macam xdak soalan lain nak tanya.Jerawat nie pun satu..time2 aku datang sekolah baru mesti dia naik sebiji. Jerawat tensenla katakanlah..gamaknya nanti pindah sekolah lain,jerawat yang sama akan tumbuh dan sekali lagi aku akan ditanya soalan yang sama oleh bebudak hingusan itu.hahaha(sori yer bebudak kecik.cikgu panggil kamu semua budak hingusan..hahaha).


Hendak tau apa jawapan aku untuk tuk bebudak tue? “well cikgu tak tahanla cuaca kat sini panas sebab tu la cikgu naik jerawat (dengan suara mengada2 gitu)hehehe.Bila ngn bebudak hingusan nie..kadang2 seronok..sebab dorang suka tanya macam-macam soalan yang kita xterpikir pun.

Scene 1

Cikgu..Cikgu asal Kelantan kan?

Cikgu mesti kenal Mohd Shahir?(budak kecik puan darjah 2 tanya nie)

Kenapa?Boyfriend kamu ka?tanyaku.(isk budak nie tanya soalan mcm si Mohd Shahir 2 ada seorang ja kat Kelantan tue, kalula Mohd shahir 2 seglamer Khairul Fahmi,4 sure la aku kenal)

Xdaklah cikgu dia Pakwe kakak kita. (mak aih..aku terus gelak dalam hati.mcm2)



Scene 2

Cikgu!!cikgu cakap macam orang Kelantan la.

Aish kamu nie..dah memang cikgu orang Kelantan,mestila slang cikgu ada bunyi Kelantan.

(Hempuk gak bebudak nie,bukan ker dah ckp masa introduction session semlm yang aku asal dr Kelantan)



Scene 3

Waktu solat.

Cikgu kita nak pergi solat.

Hah pergila..

Cikgu!!kita Nampak Adam,Haikal panjat grill kat bawah tue diorang duk tengok orang PJ.

Hah!pergi panggil dorang.

Adam,Haikal,tadi kamu minta ngn cikgu nak g solat tadikan?
A’ah cikgu.


Cikgu benarkan kamu pergi solat saja kan? Ada cikgu cakap,Adam n Haikal lepas solat pergi panjat grill dan tengok orang main PJ.Ada??tanyaku. Tak ada cikgu!!Jawab Haikal dan Adam.

Jadi sekarang salah siapa?

Salah cikgu ka Kamu?

Salah kami.

Jadi cikgu berhak untuk hukum kamu la kan?

Yer cikgu.

Pa lagi merasa ketam la kat paha..hehehe..bebudak kecik paling takut ngn ketam.

(Scene ini semua berlaku dalam kelas darjah 2 Naim di sek.Dato Maharaja Lela.)

2Yrs9Mths

2Yrs9Mths


Datang tanpa mengenal hati budi,

Datang dari persekitaran berbeza,

Datang dari budaya dan bahasa yang berlainan,

Datang tanpa dipinta untuk berjumpa.



2Yrs9Mths

Bersama hidup di bawah satu bumbung,

Bersama hidup di persekitaran yang sama,

Bersama mengharungi onak duri,

Bersama menggapai impian dan cita-cita,



2Yrs9Mths

Masa berlalu dengan cepat,

Masa banyak merubahkan segala-galanya,

Masa tidak mengenal kawan atau lawan,

Masanya sudah sampai..



2yrs9Mths

Selamat tinggal teman kesayangan,

Selamat tinggal suka-duka,

Selamat tinggal kenangan,

Selamat tinggal semua.




2yrs9Mths

Rindu gelak tawa bersama,

Rindu kesusahan bersama,

Rindu konflik bersama,

Rindu kesemuaanya..



Sajak ini ditujukan khas buat geng-geng SERENGKA..My tribute to u all..panjang umur jumpa lagi .

Serengka 2011

Jumaat, 30 September 2011

Sekolah Dato Maharaja lela.

Yup itu adalah nama sekolah baru ku. Sekolah ini terletak di Jeram Kuala Selangor. Besar sekolah nie. Masa mula-mula datang Mak aih ternganga mulutku..melihat bangunan-bangunannya yang tinggi dan berblok-blok. yela kalu nak dibandingkan dengan sekolah lamaku yang hanya ada 1 bangunan kayu yang buruk sahaja.

Masuk bab murid plak. Fuyyyooo muridnya ada lebih kurang 1700 orang..mak aih bila aku tengok tahun 1 ada 8 kelas, 1 kelas ada 40 orang murid. Bayangkan ramaix bebudaknya.Dulu aku biasa 1 kelas 15 orang ja. Dulu 100 orang sekarang 1700,anda rasailah perbezaannya.Memang ketara kan?huhu..

Untuk minggu pertama nie. Aku dikenali sebagai Cikgu baru yang datang dari Sarawak. Wah glamer jap I..hehe.Perasan dari Sarawak, padahal dr Kelantan ja..hahaha..Jadi Pada minggu pertama ni aku hanya sit in kelas yang cikgu-cikgu xada sahaja.

Ini baru 1 blok kat belakang sana ada berblok2 lagi kurus I lepas nie terpaksa menapak jauh-jauh.

Jumaat, 23 September 2011

Bye..Bye S.K.Ng Kain

Tanggal 23hb82011, aku menerima panggilan dr guru besar."Cikgu Sham dapat pindah".Hah!!!!dapat pindah. Bagai pucuk di cita ulam mendatang..aku macam tidak percaya.Sedangkan aku xpernah buat apa2 rayuan pindah pun. Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana rezeki yang diberikan kepadaku ini.

Perpindahan aku ini adalah perpindahan khas. Hanya 6 orang guru dari bahagian Kapit yang ditawarkan.Dia tulis kat surat offer ialah penempatan semula guru.Jadi dengan secara rasminya aku menerima tawaran itu dan di tempatkan di selangor.

Aku ditempatkan di Sek.Keb.Dato Maharajalela dengan Kuala Selangor.Ok la 2..Sedih gakla nak tinggalkan sekolah SK NG KAIN nie.Bagi aku S.K.NG KAIN adalah sekolah yang paling the best dalam hidup aku. Penuh dengan suka duka,pahit manis dan banyak mengajar aku menjadi seorang yang tabah dan kuat dalam menempuh segala cabaran dan rintangan.

Apapun Bye..bye anak-anak murid kesayanganku semua. Cikgu doakan kamu semua berjaya menjadi insan yang baik dan berjaya..Bye..bye kepada rakan seperjuangan yang begitu sempoi..bye..bye geng2 badminton..bye..bye rumah 4 dara ditepi sungai..bye..bye sungai Kain..bye..bye perahu..bye bye apai..bye bye Kapit..bye..bye Sarawak.

senyum dalam kesedihan

Ahad, 21 Ogos 2011

Puasa

Sudah 3 tahun aku berpuasa di s.k.ng kain.Jadi library sekolah pada sebelah malam akan bertukar menjadi surau kecil untuk kami berterawih. Almaklumla dekat sekolah nie majoriti gurunya adalah islam. Jadi kami yg muslim nie bila menjelang ramadhan akan sama2 membersihkan library untuk dijadikan surau. Pada tahun ini diucapkan terima kasih buat c.medan,c.awie kerana berusaha bersungguh2 membersihkan library. Sampaikan libraryku bersih sebersihnya.hehe.

Untuk tahun ini, iman terawih ialah Cikgu Azizi manakala C.Awie jadi tok bilal. Kalu salah sorang xdak maka tiadalah terawih. Untuk terawih dekat sekolah hanyalah 2 saf shj. 1saf lelaki, 1 saf perempuan.Cikgu Lakinya ada 6 orang manakala perempuan 5 orang. Terawih dekat sini kami hanya adakan 8 rakaat dan 3 rakaat witir.

Manakala untuk Moreh, penyumbang terbesar setakat ini adalah geng2 C.Medan (Kak Nani yang muju buat---Isteri c.medan). Apapun puasa di Ng Kain bertambah meriah kerana ramainya cikgu muslim di sini.

Manakala aktiviti bermain badminton masih lagi diteruskan setiap petang walaupun kami berpuasa. Semangat kesukanan yang begitu kuat.Hehe.Kira abis badminton bleh trus balik umah terus berbukak posa.

Khamis, 28 Julai 2011

Tragedi mengejar bot ekspres

Hari ini hari khamis.Hari ini kami dapat keluar, sebab esok hari jumaat kami cuti berganti.Jadi mcm biasa ada separuh dari kami akan mencarter perahu.Dapat cepat sampai pasar kapit.Manakala aku mcm biasa penumpang setia bot ekpress.Almaklumla murah, byr tambang RM10 ja terus sampai Pasar Kapit. Kalu naik perahu tambang RM30 +tambang van RM5=RM35. Wow mmg berbeza kan.Hehe..jimat punya pasal

Hari Rabu
Masa tengah lepak kat office. Saja kacau auntie Roselind n Kak Linda buat kerja kat office. Auntie tanya, "Sham esok ngko naik perahu ka bot ekpress?''. "Naper auntie? Saya naik bot ekpress", jawabku. "Esok kita naik bot ekpress kul 11.30 am la, dorang cakap ada bot masa 2"cakap Auntie. Biasanya bot ekpress yg kitaorg naik selalunya puku 1.30 tengahari.Jadi kalu nak sampai Pasar Kapit mahu kul 3.00pm sampai.Lagi 1 kalu naik bot kul 1.30tengahari,mmg jawabnya kena berpanas duduk atas bumbung botla.Sbb time2 tengahari ramai cikgu hulu-hulu kuar."ok,auntie set sok kita turun awal,mana tau ada bot kul 11.30am 2",jawab ku.

Hari Khamis (Hari inila)

Kelas abis kul 10 am.Semua guru-guru bergegas balik rumah, untuk mengemas beg,baju.Budak dah selamat balik.Amboi cepat betui budak2 nie kalu balik.Aler sedak dier ngata budak,cikgu pun sama naik ngn budak,kul 10.00 masing2 dah lesap.hehe.Cikgu2 n staff yang naik perahu selamat dah meneruskan perjalanan mereka ke Pasar Kapit. Manakala Aku, Syiha n Auntie Roselind + Duncan (anak auntie) masih setia di sekolah.Aku mcm biasa dah janji ngn auntie kul 11.30 nak trun ke nanga.Jadi masih ada masa 1jam nak mengemas beg + buat nasi goreng.Buat alas perut sementara nak sampai Pasar Kapit.

Pukul 10.30 am aku terdengar suara Auntie kat bawah rumahku. Aku jengah ke luar "Auntie dah nak pergi ke Nanga ka?" tanyaku. "Tak dakla sham, sj tunggu bwh nie, boring duk kat umah"jawab auntie."Ok,nnti nak pergi, cakap kat saya yer",,cakapku. Aku ngn syiha duk layan rancangan Saffiya.Best gak.hehe.

Pukul 11.00 am.Aku jengah ke luar, "auntie xnak pergi lagi ka nie, dah kul 11 dah ni, nnt 11.30 bot datang", tanyaku."Ntahla Sham apai Jimmy cakap hari ini xdak bot awal kul 11.30 am, sbb semalam bot 2 dah ada",cakap Auntie. "o,yeke auntie xpala kita turun kul 12.00pm la kita naik bot yg kul 1.00 pm plak, jomla Auntie lepak kat dalam umah kami dulu, sambil-sambil layan tv", cakapku.

Maka kami berlima pun syokla duk layang channel Bintang, channel baru kat Astro. Tengah syok duk layan citer apa ntah, tiba2 kami terdengar bunyi hon bot ekpress.Masa 2 kul 11.45 am, apalagi kami melompat bangun, terkocoh keluar, alamak adala bot ekpress.Apai Jimmy kat bawah umah terus panggil kami, jadi kami berkejar turun sampai nak naik perahu kami lompat ja.Kalu sebelum nie nak naik perahu, mau menjerit apa dulu.Tapi hari ini kami lompat ja xpikir perahu terbalik apa dah.Hua.hua.Air plak cetek, Apai jimmy memecut perahu bagai mat rempit.Hehe..alamak kami nampak bot 2 dah bergerak nak pergi da..apalagi kami menjerit2 melambai dari perahu.Apai Jimmy terus memecut mengejar bot 2..alamak apasal bot nie xberhenti gak,sampaikan mak2 yang ada kat nanga 2 pun tolong menjerit memanggil bot untuk kami.Akhirnya bot tue berhenti gak.Alhamdullilah selamat gak naik bot.tetiba Auntie.."Apuuu..handbag aku tertinggal," jerit Auntie.Kecoh plak dalam bot 2, Auntie minta jasa baik driver bot 2 tuk patah balik nak amik handbag.Mujurla Auntie Roselind nie bajik orgnya.Nak tau bajik 2 aper..cantik..hehe.Maka driver 2 cayakla ngn pujuk rayu auntie..dia pun patah balik.haha.Jadi kami pun patah balik.sampai jer Nanga Kain, si Duncan anak Auntie turun bot pah2 minta tolong indai menara ata ke sekolah balik.Akhirnya Auntie selamat mendapat kembali handbagnye.

Bila dah settle suma, kami duduk dalam bot 2 sampai duk tergelak2 ngn makcik2 kat dalam bot 2.haha.Macam2 hal.Jadi akhirnya kami berjaya menaiki bot pukul 11.30am, maknanya kami sampai awal la Kapit..yahooo...best.Xperlu duduk berpanas atas bumbung bot,wow nyamai sekali.

Jumaat, 22 Julai 2011

Sarapan Pagi di Belatik

Pagi nie ada hal skit dekat Belatik. Jadi awal pagi aku ngn Syiha naik van dengan tambang RM2. Kami pergi Belatik.Iaitu salah satu tempat di pasar kapit.Selepas selesai urusan dekat Pejabat Daerah, perut terasa lapar.Kami jalan-jalan jumpa satu cafe. Nama cafe 2 Cafe Natasya..wow kami lihat org tengah sarapan situ. Mesti best. Cafenya xdakla besar sangat kecik ja. Dalam kedai itu muat dua meja ja. Yang selebihnya meja kat luar. Jadi aku ngn syiha masing-masing oder 2 menu utama. Aku oder mee kampua perut lembu + roti canai mayonis. Syiha=kuew tiau goreng ayam + roti canai telur. Air kami oder Teh C special.


Teh c Special


kuew tiau goreng ayam

roti canai mayonis

roti canai telur

mee kampua perut sapi